Wednesday, March 25, 2015

Pantun Seloka Usik Mengusik-23 Mac 2015

Abdul Karim:

Putihnya air dikenang-kenang
Gelapnya malam menggamit rindu
Riangnya hati bagai ditatang
Pujaan hati menjengah lalu

Rosnah Ahmad:

Gelapnya malam menggamit rindu
Cerahnya siang mengapai impian
Girangnya hati hilanglah sendu
Hadirnya dia berlalu kesepian

Shahrom Ghazali:

Gelapnya malam menggamit rindu
Siang dan mlm jd keliru
Pujaan hati menjengah lalu
Masalah ku selesai hilang celaru

Abdul Karim:

Girangnya hati hilanglah sendu
Perasaan gundah mengundang malu
Bilakah masa dapat bertemu
Bertentang mata merisik rindu

Rosnah Ahmad:

Putihnya air di kenang-kenang
Birunya laut direnung-renung
Hati yang gundah menjadi tenang
Sejuk mata wajah ditenung

Abdul Karim:

Norman suka gulai itik
Terutama yg pedas berapi
Kita saja asyik mengusik
Empunya diri diam menyepi

Rosnah Ahmad:

Norman suka gulai itik
Shahrom suka gulai nangka
Dalam hati tentu mengelitik
Saja diam tanda suka

Zulkifli Yusof:

Riangnya hati bagai di tatang
Pujaan hati menjengah lalu
Ikutkan hati memang nak bertandang
Mengubat rindu yang datang bertalu

Rosnah Ahmad:

Karim orang kampung Kechau Tui
Zul orang Pancing Selatan
Dalam hati hanya Allah mengetahui
Yang indah kekal dlm ingatan

Shahrom Ghazali:

Shahrom suka gulai nangka
Serat terselit di celah gigi
Saja diam tanda ku suka
Kalau boleh sakat la lagi

Abdul Karim:

Rosnah suka tidak terhingga
Melihat Tim menanam bunga
Kalau sungguh bagai Shah kata
Marilah kita usik bersama

Rosnah Ahmad:

Kelakar azhar semua jadi ria
Gelak ketawa tak kering gusi
Usik mengusik membawa bahagia
Hilang duka ada dia di sisi

Shahrom Ghazali:

Melihat Tim menanam bunga
Karim bersantai memakan  laksa
Marilah kita usik bersama
Empunya diri jgnlah terasa

Rosnah Ahmad:

Shah dan Tim suka berkawan
Nah dan karim sama rapat
Pantun seloka hilangkan rawan
Bahagia hati punya sahabat

Abdul Karim:

Katak ketawa berguling guling
Melihat kucing tak ada gigi
Azo baca dan jeling jeling
Usikan kami jangan ambil hati

Shahrom Ghazali:

Nah dan karim sama rapat
Lahirnya sama saling muafakat
Bahagia hati punya sahabat
Boleh bergurau boleh disakat

Rosnah Ahmad:

Azora sudah keluar bermadah
Ina tambah menjadi seri
Hati yang rawan terubat sudah
Dunia indah tidak terperi

Twinkle twinkle little star
How I wonder what you are
Ada yg bersua hati bergetar
Gurau je ye janganlah mare

Seronok hati hilanglah sayu
Hadir bahagia perginya sendu
Mata nah dah memakin layu
Mohon berundur untuk beradu

Sunday, March 22, 2015

Pantun Doa Pagi 21 Mac 2015

Abdul Karim:

Salam dihulur khabar ditanya
Untuk sahabat yg diingati
Dipohon doa agar sihat semuanya
Disamping keluarga yg disayangi

Rosnah Ahmad:

Doa dipohon agar sihat semuanya
Disamping keluarga yang disayangi
Doa dimudah dan diberkati segalanya
Dirahmati Allah lagi dilindungi

Pantun Pagi Jumaat-20 Mac 2015

Abdul Karim:

Wajah manis di pagi Jumaat
Pergi kerja penuh semangat
Moga Allah Kurniakan rahmat
Untuk sahabat jauh dan dekat

Rosnah Ahmad:

Moga Allah kurniakan rahmat
Untuk sahabat jauh dan dekat
Moga usaha mudah dan selamat
Rezki dicari bersih dan berkat

Shahrom Ghazali:

Pergi kerja penuh semangat
Bekal dibawa berupa pengat
Untuk sahabat jauh dan dekat
Diri kalian sentiasa ku ingat

Untuk sahabat jauh dan dekat
Ukhwah dipupuk bertambah erat
Rezeki dicari bersih dan berkat
Moga selamat dunia akhirat

Thursday, March 19, 2015

Pantun Cinta-18 Mac 2015

Rosnah Ahmad:

Ke Kuala Selangor hendak bertamu
Dari seorang elok berdua
Kasih dirindu sayang ditemu
Mengapa kelu bila bersua

Zulkifli Yusof:

Mudik ke hulu bersama tamu
Dari Kuala Selangor singgah ke Jugra
Bagaimana tak kelu Ketika bertemu
Keayuan wajahmu buat ku gabra

Shahrom Ghazali:

Dari seorg elok berdua
Wajah berseri tiada tara
Mengapa kelu bila bersua
Mata bertentang hati berbicara

Abdul Karim:

Kelu lidah bila bersua
Mata bertentang kelu berbicara
Hati riang tiada terkira
bersua teman lama tak jumpa

Abdul Karim:

Harap harap kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Hati gundah tidak keruan
Kenangan lama menjelma kembali

Nor Faridah Abdulah:

Hati riang tiada terkira
Bersua teman lama tak jumpa
Biarpun diam tanpa bicara
Tapi hati  berbunga-bunga

Shahrom Ghazali:

Tidak puan kelapa bali
Kelapa ditanam dihujung negeri
Kenangan lama menjelma kembali
Nampak di wajah senyum berseri

Azlin Aziz:

Ikan haruan dipinggir kali
Dimakan bersama ikan tenggiri
Nampak di luar marah sekali
Tapi di hati tersenyum sendiri

Nor Faridah Abdulah:

Ikan haruan di pinggir kali,
Dimakan bersama ikan tenggiri;
Hati keruan tidak terperi,
Bertemu si dia idaman hati.

Cikgu Norhizan Yahya:

Sepoi-sepoi bayu berbisik
Awan berarak menuju tenggara
Hati-hati kala mengusik
Bimbang ada hati yang lara

Nor Faridah Abdulah:

Sepoi-sepoi bayu berbisik
Awan berarak menuju tenggara
Dalam hati rasa terdetik
Moga usikan bawa bahagia

Abdul Karim:

Dalam hati rasa terdetik
Usah dilayan hati yg lara
Kami memang suka mengusik
Agar hubungan makin mesra

Abdul Karim:

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dlm perahu
Yang tahu tolong nyatakan
Agar kami semua tahu

Cikgu Norhizan Yahya:

Dari US datang bertamu
Menuju Edinburgh membawa harapan
30 tahun sudah berlalu
Biarlah memori padu tersimpan

Rosnah Ahmad:

Rindu hati tidak keruan
Di mana jua ingat si dia
Pantun cinta hanya gurauan
Usik mengusik membawa bahagia

Zulkifli Yusof:

Pantun cinta hanya gurauan
Usik mengusik membawa bahagia
Semua yang di kata hanya gurauan
Kalau terasa abaikan ia

Abdul Karim:

Pantun cinta hanya gurauan
Usik mengusik membawa bahagia
Kalau betul bukan andaian
Empunya diri tentu gembira


Wednesday, March 18, 2015

Berbalas Pantun-17 Mac 2015

Rosnah Ahmad:

Indah nian sawah terbentang
Sekinchan nama tempat diberi
Bahagia hati mata bertentang
Bertemu sahabat ukhwah berseri

Abdul Karim:

Bahagia hati mata bertentang
Bertemu sahabat ukhwah berseri
Berborak bercerita ketawa lantang
Seronok bertemu tidak terperi

Abdul Karim :

Hassan Foad Hanif Karim
Rahim Azo Din Ina
Makan minum eratkan silaturahim
Rasa seronok tidur pun lena

Norhasiah Ariffin:

Beli jamu di pekan sehari
Pada Mak Siti hendak diberi
Macam mana tak berseri
Dapat bertemu dgn Sang Puteri

Shahrom Ghazali:

Indah nian sawah terbentang
Anak kecil mandi di kali
Bahagia hati mata bertentang
Kisah yang lama terungkap kembali

Monday, March 16, 2015

TTS DI JUNGLE FOODCOURT-16 Mac 2015

Indah nian sawah terbentang
Sekinchan nama tempat diberi
Bahagia hati mata bertentang
Bertemu sahabat ukhwah berseri

Friday, March 13, 2015

TTS Restoran Ar-Rawsha Shah Alam-13 Mac 2015

Menanam mawar di tepi laman
Nampak indah sepanjang masa
Menjejak kasih mencari teman
Nikmat ukhwah manis terasa


Thursday, March 5, 2015

Berbalas Pantun- 1hb. Mac 2015

Shahrom Ghazali:

Pergi ke pasar membeli santan
Kelapa dipetik di tanjung tuan
Salam ku hulur tanda ingatan
Doa ku kirim tanda kerinduan

Abdul Karim:

Salam dihulur tanda ingatan
Doa dikirim tanda kerinduan
Tanda sahabat dan perpaduan
Moga ianya terus berkekalan

Rosnah Ahmad:

Salam dihulur tanda ingatan
Doa ku kirim tanda kerinduan
Amal yang baik jadi ikutan
Dalam diri sumber kebahagian

Abdul Karim:

Gendang gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati
Sahabat breakfast pagi ni
Koi pekena nasi dagang Ngan famili