Sunday, April 26, 2015

Pantun Sahabat-24 April 2015

Rosnah Ahmad:

Musim kering musim kemarau
Daun kering terbang melayang
Usah dikenang kisah yang lampau
Yang di depan mata curahkan sayang

Shahrom Ghazali

Daun kering terbang melayang
Jatuh di riba bagai dipinta
Didepan mata curahkan sayang
Moga di hati brtambah cinta

Rosnah Ahmad:

Jatuh ke riba bagai dipinta
Pucuk dicita ulam mendatang
Dalam hati bertambah cinta
Semakin hari semakin sayang

Shahrom Ghazali:

Pucuk dicita ulam mendatang
Ulam ditanam melata di tanah
Semakin hari semakin sayang
Semoga kekal hingga ke Jannah

Rosnah Ahmad:

Ulam ditanam di tepi laman
Ulam raja kacang kelisa
Mengasihi sahabat tanda beriman
Hingga ke Jannah bertemu Yang Esa

Thursday, April 23, 2015

Asam Pedas Melaka-Azie Kitchen

Nah dah cuba resepi ni. Cuma ganti guna 3 keping ikan tenggiri. Alhamdulilah, sedap.
Selamat mencuba..

Asam Pedas Melaka
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
3 keping ikan bawal emas

Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Belacan

Bahan tumis:-
1/2 bawang besar-hiris
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh halba
2 tangkai daun kari

1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum
Air asam jawa 
1 biji tomato- belah 2
5 biji kacang bendi
Garam dan gula jika suka
Serbuk perasa Secukup Rasa

Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sebelum dimasukkan bahan kisar. Tumis lama lama sehingga pecah minyak.

Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan betul betul mendidih, baru dimasukkan ikan dan bahan bahan lain. Masukkan garam dan gula.

Perlahankan api dan biarkan masak dan pecah minyak. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.

Saturday, April 11, 2015

TTS Sempena Hari Lahir Puan Azora-City Times Hotel Kuantan 26 Mac 2015

Pantun Usik Mengusik-26 Mac 2015

Rosnah Ahmad:

Dari Pulau Kambing ke Kuantan
Putihnya air di kenang-kenang
Kerana si dia dalam ingatan
Lautan api sanggup ku renang

Abdul Karim:

Bila rindu datang bertandang
Hati resah tidak keruan
Untuk bersua mata bertentang
Jarak dan masa bukan halangan

Rosnah Ahmad:

Berjamu selera di Medan Tok Sira
Syukuri nikmat menjamu tetamu
Bahagia hati tidak terkira
Walau seketika dapat bertemu

Zulkifli Yusof:

Hari Ahad pergi ke Labu
Pergi bersama si Awang Damit
Ruang minda terasa kelabu
Bila rindu datang menggamit

Abdul Karim:

Hari lahir disambut bersama tetamu
Ketawa gurau usik bersama
Walau seketika dapat bertemu
Mengimbau nostalgia bertahun lama

Azora Alwi:

I have a pen
My pen is blue
I have a friend
My friend is you 😁😄😄😊😊😊

Zulkifli Yusof:

I have a pen which is blue,
I have a friend which is you.
Flowers will die, waters will dry,
but our friendship will never say goodbye.

Azora Alwi: 👏👏👏👍👍👍👍

Somewhere in the ocean
There lies a rock
On there it is written
"Forget Me Not"

Zulkifli Yusof:

If ur friendship be money, I'll be richest man.
If ur friendship be pounds, I'll be heaviest man.
If your friendship be love, I'll be luckiest man.

Rosnah Ahmad:

Somewhere over the rainbow
Amongst the colours and beauty
The Almighty bestow
A lot of love and  prosperity

Shahrom Ghazali:

Syukuri nikmat menjamu tetamu
Perkara yg baik buat selalu
Walau seketika dapat bertemu
Wajah  berseri tersipu malu

Azhar Abdul Rahman:

Kelip-kelip terbangnya malam
Terang benderang cahaya alam
Jangan ditiup setanggi yang padam
Bimbang membara didalam sekam

Rosnah Ahmad:

Kelip kelip kelihatan di kuala
Di kampung Kuantan naik perahu
Jangan ditiup pelita yang nyala
Bimbang hidup segan mati tak mahu

Shahrom Ghazali:

Terang benderang cahaya alam
Cahaya bulan meyuluh malam
Bimbang membara didalam sekam
Berasap di luar berapi di dalam

Zulkifli Yusof:

Entah mengapakah hatiku bergetaran
Bila bertemu lagi oh! kekasih lama
Ku cuba selindungkan api keresahan
Namun perasaan ini berapi di dalam

Ku kira angkau sudah melupakan
Kerna itulah engkau nampak tenang
Lainlah aku walau ketika ini
Masih membara ingatanku terhadap mu🎵🎵🎵🎵

Azhar Abdul Rahman:

Desa pusaka sesekali terimbas
Rindu di hati mohon di tuntas
Pesan rangtua gurau berbatas
Sempadan sahabat Jangan dilintas .....

Azhar Abdul Rahman:

Rindu hati mohon dituntas
Mengadap sungai kenangan indah
Bebelan rangtua tidak membekas
Jangan terantuk baru mengadah

Rosnah Ahmad:

Terang benderang cahaya matahari
Anak kecil bermain bayang-bayang
Indahkan hidup damaikan hati
Yang tua dihormat yg muda disayang

Shahrom Ghazali:

Mengadap sungai kenangan indah
Kenangan manis tiadakn punah
Jangan terantuk baru tengadah
Ingatlah Allah ingatlah sunnah

Azhar Abdul Rahman:

Sayup terdengar petikan sita
Senandung lagu nyanyian puitis
Sedarlah diri siapalah kita
Takde org nak semawa cookies...

Azhar Abdul Rahman:
Padi huma sipadi bukit
Ditanam sebaris dengan oat
Koi baru je nyakat sikit
Dan dan dia roger and out.....

Shahrom Ghazali:

Senandung lagu nyanyian puitis
Nyanyi sewaktu hujan gerimis
takde org nk semawa cookies
Sebb aok tak datang tts

Azhar Abdul Rahman:

Mentari subuh terlihat indah
Selang seli bunyi sang guruh
Jangan lah marah wahai Shah
Koi nyakat aok je tuh

Shahrom Ghazali:

Mentari subuh terlihat indah
Selang seli bunyinya guruh
Koi tak pernah rasa nk marah
Sakat aok ibarat menyuruh.

Pantun Seloka-25 Mac 2015

Rosnah Ahmad:

Makan nasi sampai tersedak
Siapa gerangan yang menyebut
Tinggi tidak rendah pun tidak
Senyum diberi salam disambut

Azhar Abdul Rahman:

Anak pipit sianak merbah
Terbang labuh diulu muara
Andai waktu dapat ku ubah
Mahu kembali ke alam remaja

Rosnah Ahmad:

Anak pipit si anak merbah
Hinggap sebentar di atas batu
Andai waktu dapatku ubah
Mahu ku kembali ke sekolah itu

Azhar Abdul Rahman:

Teluk kemang airnya biru
Labuhan sampan dan perahu kolek
Sesekali terkenang masa yang lalu
Mboh sawan koi tergolek golek

Rosnah Ahmad:

Teluk kemang airnya biru
Sungai pandan airnya jernih
Sesekali terkenang masa yang lalu
Yang indah buatku tersengih

Azhar Abdul Rahman: 

Merah lembayung di sungai isap
Nampak terbayang Di Kuala peramu
Nasiblah baik ada si whatsapp
Kalau tidak tak tahu lah bila ketemu.......

Dara pingitan bersopan santun
Duduk bersimpuh menampi padi
Lah weh !!nye asyik berpantun
Habit gendala kerja Koi tadi

Rosnah Ahmad:

Senja nan merah di Cenderawasih
Nampak indah di mata suri
Syukur masih bersambung kasih
Bahagia diri bertambah seri

Rosnah Ahmad:

Dara pinggitan bersopan santun
Terselit di telinga si bunga raya
Usah asyik dibangaukan pantun
Kerja ditangguh tu yang iya

Shahrom Ghazali:

Hinggap sebentar di atas batu
Turun makan di tepi paya
Mahu ku kembali ke sekolah itu
Boleh ku pikat teman sebaya

Abdul Karim:

Gendang gendut tali kecapi Kenyang perut senang hati
Kita tts tak henti henti
Berat naik berkati kati
Mood nak tts lagi

Thursday, April 9, 2015

Sambal Belimbing Hitam

Terima kasih atas perkongsian resepi ini oleh Shahrom daripada kakaknya Norazam Ghazali.

Bahan:

1 kg ikan bilis (tumbuk/blend jangan sampai hancur)

1 kg bawang besar(belah 2 dn mayang membujur : buang bhg bawah yang keras)

Cili api (ikut citarasa : kalau suka pedas lebihkan) tumbuk/blend

Belimbing rebus (ikut citarasa : kalau suka masam lebihkan) tumbuk/blend

Minyak masak, garam, serbuk perasa @ gula.

Cara:

1. Panaskan minyak.
2. Goreng bawang besar hingga layu.
3. Masukkan cili api, belimbing & ikan bilis.
4. Masak dengan api perlahan. Kacau sentiasa supaya tidak hangit.
5. Seimbangkan rasa.
6. Goreng hingga warna sambal bertukar warna perang gelap.
7. Bila minyak dah berbuih, bolehlah tutup api.
8. Kalau tak suka terlalu berminyak, toskan didalam tapis besi.

Selamat mencuba 😎