Oleh: Zulkefli Yusof
Sebenarnya tanpa kita DUNIA akan terus berputar diatas paksinya. Dunia ini dijadikan untuk kita dan bukan kita dijadikan untuk dunia. Jika kita tahu "Alam" ini dapat kita tundukkan. Renung-renung kan....
Wahai sahabat, dalam usia 50an ini, seharusnya kita semua sudah matang dan boleh berfikir dengan waras. Cuma persepsi dan karakter kita berbeza disebabkan oleh nama, latarbelakang, pendidikan dan latihan pekerjaan.
Bukan kita semua tak risau dengan keadaan Agama dan Bangsa sekarang cuma kadar kerisauan kita berbeza.
Untuk koi yg berlatar belakang Undang-undang percaya bahawa Undang-undang dapat menjaga semua Hak Islam dan Melayu. Ada yang berpendapat Undang-undang boleh di ubah. Itu betul! tetapi bagi perkara-perkara yg melibatkan Melayu dan Islam perlu mendapat kebenaran kita orang Melayu dan Islam. Takkan la cerdik pandai Melayu nak biarkan ianya berlaku.
Jadi atas sebab-sebab diatas, koi akan kurang sikit melatah tetapi bukan bermakna koi dah kurang Melayu dan Islam.
Sebab kita semua ada peranan sebagai Khalifah untuk menyebarkan apa yang betul dan membetulkan apa yang tidak betul dalam lingkungan kita.
Kita kena lihat apa yang berlaku sebagai Hikmah kepada kita. Tidak Allah jadikan apa yang berlaku atas kita sesuatu yang sia-sia. Everything happens for a reason.
Kita tak perlu nak tengok sangat sebab kejadian tu kerana Allah tak perlu sebab untuk sesuatu kejadian.
Dalam Islam ni tak de istilah "kalau". Semuanya sudah di tentukan dan tiada yang kebetulan.
Jadi sekarang bagi kita adalah untuk melihat HIKMAH kejadian hari ini dan memikirkan jalan untuk mengatasinya. Jika kita tak dapat mengatasinya maka itulah penamat cerita bagi Melayu dan Islam di Malaysia.
Kadang-kadang kita alpa dan masih berfikiran yang kita manusia ni mampu mengubah dan mencorak kehidupan sedangkan untuk bernafas pun kita perlu pertolongan Allah. Apa tah lagi yang lainnya.
Jadi Fasten Your Seat Belt, Relax and Enjoy Your Flight( yang tidak berapa lama saja lagi)...jangan lupa berzikir😬
Satu saja Pesan Pak Jul.
Carilah jalan untuk beribadah sepanjang masa kerana ketika ini kita kadang melihat beribadah cuma ketika Solat. Jika Allah tidak jadikan Solat nescaya kita tidak beribadah.
Pinjam kata-kata Mak Long: "Betulkan niat dan hikmahkan cara".
Wallahu'alam.
No comments:
Post a Comment