Saturday, July 31, 2021

CERITA SEMALAM

Cerita semalam..

Mengujakan dan teruja serta sedikit debaran apabila pada satu malam, sedang aku berehat di rumah setelah balik dari kerja. Kisah berlaku lebih kurang tujuh tahun lalu, satu deringan dan gentaran dari handphone aku. Aku menjawab dan kedengaran satu suara lelaki tanpa mengenalkan diri telah bertanya 'ini Hairuddin Singah ke, dulu sekolah Air Putih' Aku mengiyakan... dan lelaki ini bertanya lagi..'duduk asrama Jalan Gambut, nama frrshie dot dot. Aku dengan jujur mengiyakan dan bertanya siapa, walaupun telah terdetik sahabat Air Putih ni, kerana aku memang selalu mengenang sahabat semua sejak terpisah dulu. Lelaki tersebut menjawab ' Ini Karim, Karim...dot dot dot.. Dan terjadilah perbualan dan aku memang ingat dan dapat membayangi wajah Karim ni..

Bermula dari sini nombor handphone aku telah dimasukkan ke dalam group wsapp *nostalgia rksmap 79-83" Bermulalah pertemuan di alam maya bersama sahabat yang telah ada dalam group, ramai lagi yang belum ada.

Perjumpaan pertama di rehat dan rawat Awan Besar...ngereh pada sebelah malam. Aku hadir bersama isteri dan anak bongsu ku.Setelah meletakkan kenderaan, aku bergerak kekios jualan satay. Orang pertama aku  nampak ialah Karim, Fadzil dan seterusnya Zul dan Din (dalam hati kenapa Din kecil) dan Taufik yang hampir tidak ku kenal (lain sikit rupanya dah besar pulak) Hahaha itulah bila lama tak berjumpa.. lebih 30 tahun. Satu perasaan kagum terhadap sahabat yang telah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Aku menghormati sahabat ku, tapi aku mengambil keputusan agar tidak terlalu menghormati nya kerana ia akan mengakibatkan persahabatan semula ini tidak mesra. Itu pendapat aku.

Oh...Fauzie juga ada pada pertemuan pertama ini, masih sama dengan cermin mata bulatnya... Dia memberikan kadnya. Pada malam itu, aku yang meminta diri untuk pulang dahulu, 

Beberapa hari atau minggu kemudian, seingat aku petang hari Jumaat.. semasa aku berada di pejabat, Karim menalipon mengatakan akan datang bersama Rosnah dan Umi. Aku menunggu diperkarangan balai Travers dan sebuah mpv sampai, kelihatan Karim memandu sementara Umi dan Rosnah ada dikerusi belakang. Tanpa turun dari kenderaan Karim mengajak aku keluar ngeteh, katanya ke Bellamy. Rasa teruja dan aku setuju keluar setelah aku memaklumkan kemana aku pergi. Dalam kenderaan yang dipandu Karim, Rosnah riuh menceritakan dia dan Umi terpaksa menolak kereta mereka. Umi banyak senyum aje. Sampai di Jalan Bellamy, kami berhenti ngeteh dikedai rojak, tempat yang sebenarnya biasa bagiku. Aku selalu mengeteh bersama rakan sekerjaku disitu.

Umi dan Rosnah bagiku tak banyak berubah wajahnya, aku boleh kenal jika berjumpa dimana mana. Terima kasih Umi atas cenderahati .

Setelah itu beberapa sessi mengeteh telah berlaku, terutama antara sahabat lelaki, pertama kali setelah tamat persekolahan menengah aku berjumpa dengan Azlin, Shahrul, Rozlan, Azliza bersama sahabat yang telah bertemu sebelum ini. 

Dari situ terjadilah reunion rasmi pertama rksmap 79-83 di sebuah hotel di Nilai, negeri Sembilan. Bertemulah buat pertama kalinya dengan sahabat lain termasuk geng wanita. Kelihatanlah Azora, Fatimah, Samsida, Hasiah, Hassan, Hanif, Fo'ad, Khairuddin, Norman, Othman, Adi dan yang lain lain lagi. Maaf jika nama tak tercatat kerana aku menulis secara terus di handphone aku. Lagi seorang yang istimewa cikgu Norhizan dan suaminya tuan Zainal. Terima kasih kerana semuanya sporting walaupun kelihatan segan segan sedikit.😁

Selepas itu group 'nostalgia rksmap 79-83 semakin besar dengan pertambahan sahabat yang lain. Mulalah post mengepos msg antara ahli group. Seperti biasa macam group aku yang lain, dengan latarbelakang pendidikan dan kerjaya yang berlainan, terserlah lah serba sedikit perangai masing-masing. Rasanya tak perlulah aku rungkaikan tapi terus terang aku katakan perlunya pemikiran yang lebih terbuka dan santai, macam group aku yang lain.Maafkan aku sahabat semua.

Sebenarnya banyak lagi yang aku ingin coretkan. Terutama dengan sahabat SST . Kenangan itu terus dibawa meniti usia. Terima kasih sahabat dunia akhirat.
 
Coretan ringkas HS
😊😊😊

No comments:

Post a Comment