Friday, December 27, 2013

Pantun di Whatsapp Group 29 Dec 2013



Pantun SMAP 29 Dec 2013 di Whatsapp Group

Fauzie di perbaik oleh Nor faridah:

Sedara datang dari Bukit Tinggi
Datang membawa itik berlada
assalamualaikum & selamat pagi
Semoga sahabat sihat adanya

Rosnah:
Hati terpaut adik yang manis
Dari seorang elok berdua
Demi permata generasi pewaris
Onak dan duri ku redah jua

Berdiri teguh berlari pantas
menanti tidak jatuh pun jangan
ilmu tidak hanya di kertas
kongsi amal sumbangan berterusan

Mekar bunga mawar indah
wangian kasih harum melati
berpantun sudah madah pun sudah
kapan bertemu kekasih hati

Shamsida:
Pagi-pagi memetik rambutan
Rambutan ditanam di tepi rumah
Hidup ini ibarat lautan
Memberi manfaat kepada ummah

Ibarat bunga kembang tak jadi
harum semerbak bau kasturi
walau ada di dalam hati
takdir allah lebihku imani

Nor faridah:
Mekar Mewangi Jambangan Indah
Buat Tatapan kekasih hati
Jikalau jodoh tersurat sudah
Pasti ketemu suatu hari nanti

 
Hilmee:
bunga melati memangnya indah
harum melata di laman permata
kekasih hati bertemu sudah
memendam rindu jauh di mata

embun bertitis di pucuk teratai
malam di seri sikunang-kunang
seri mgs di intai-intai
putih air dikenang-kenang

Wednesday, December 18, 2013

DI SEKOLAH ITU....Sajak sempena Reunion 7 Disember 2013

Di sekolah itu...
Nukilan Rosnah Ahmad

Januari 1979
Segalanya bermula
Di sekolah itu
Insan kecil berjiwa besar
Meninggalkan kampung halaman
Serta keluarga tercinta
Hadir bersama harapan menggunung
Mengapai bintang
Buat diri dan keluarga...

Di sekolah itu....
Insan kecil masih mendambakan
Kasih sayang
Belaian ibu bapa
Pada sahabat sayang dialih
Menumpang kasih
Membina ukhwah..

Di sekolah itu
Ilmu digali
Dari guru pemangkin kejayaan
Tiada apa sebaik balasan
Buat guru tercinta
Hanya doa di kirim
Tanda penghargaan ... 

Disember 1833
Perpisahan bermula
Insan remaja
Bertebaran di muka bumi Nya
Mencapai cita
Mencari cinta
Mencari kehidupan....

Ogos 2013
Setelah 30 tahun
Yang masih ada
Kembali bertemu di alam maya
Mengungkap kenangan saban hari
Bercerita dan bergurau senda
Disusuli pertemuan
Sesi teh tarik di sana sini
Kasih dierat....
Yang sudah tiada
Doa di kirim
Tazkirah juga
Buat yang masih ada...

Hari-hari yang mendatang...
Ayuh bersatu wahai sahabat
Dalam saf yang tersusun
Ibarat bangunan yang tersusun kukuh
Berjuang dan saling membantu
Sokong menyokong
Di kala senang atau susah
Di kala suka atau duka
Di kala sihat atau sakit
Dengan iman dan ukhwah
Meminta pertolongan 
Yang Maha Mengasihani
Dengan sabar dan solat
Agar kita tergolong 
Orang-orang yang dikasihiNya
Orang-orang yang beruntung
Dan orang-orang yang memperolehi 
Kemenangan yang besar
Bertemu denganNya
Dan bersatu akhirnya  
Bersama sahabat tercinta
Di taman-taman syurga impian.....

6 Disember 2014
Teratak Cenderawasih Indah
Selepas banjir.....

Inspirasi dari...
Surah As-Saff, Verse 4:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

Persiapan sblm RU


Name and Contact no...


Dear friends..pls click for latets contact no..Tq

<click here>

Monday, December 2, 2013

REUNION: 30 YEARS ANNIVERSARY

Tarikh: 7 Disember 2013 ( Sabtu)
Masa : 7.45-12.00 malam
Tempat: Hotel Aston, Nilai, Negeri Sembilan.


Tentative Reunion itenary..
7.45pm- Ketibaan Alumni
8.00pm- Bacaan Doa (Din & Aminuddin)
8.10pm- Dinner
8.30pm- Ucapan Aluan Oleh Pengerusi Reunion (Zulkefli)
8.40pm- Ucapan Tetamu Kehormat (Cikgu Norhizan)
8.50pm- Bacaan Sajak (Rosnah)
-Sesi group photo
9.00pm- Ice Breaking (Setiap Alumni diberi masa 2-3 minit utk memperkenalkan diri, update perkembangan diri dan keluarga. Yg paling utama menceritakan pengalaman manis/tk dapat dilupakan semasa di SMAP untuk diri sendiri dan juga sahabat.
10.30pm-Santai, relax & easy..karaoke, pantun dan tayangan video (kompilasi gambar2 kenangan semasa di SMAP & hostel - prepare by Azlin ) 
12.00 -Tamat