Sunday, November 30, 2014

Bertemu di Dallah

Indahnya laman punya taman
Seindah anggerik di taman tuan
Indahnya hidup punya teman
Seindah ukhwah di restu tuhan...

Friday, November 28, 2014

Neraca

Neraca
Rosnah Ahmad

Antara malam dan siang
Antara kaca dan permata
Antara kasih dan sayang
Antara hati dan perasaan
Antara rindu dan dendam
Antara hak dan bathil
Antara mimpi dan realiti...

Yang hitam atau putih
Yang gelap atau terang
Yang kiri atau kanan
Yang dahulu atau kemudian
Yang sana atau sini
Yang kasih atau sayang
Yang indah atau hakikat...

Antara hidup dan mati
Antara roh dan jasad
Antara tawa dan tangis
Antara suka dan duka
Neraca kehidupan
Dalam perjalanan
Dalam penantian
Dalam persinggahan
Dalam pencarian
Dalam pertimbangan...

Neraca
Antara doa dan harapan
Antara kehendak dan anugerah
Antara fana dan baqa
Antara aku dan Dia
Hanya Dia yang tahu
Yang terbaik buatku...

Golf lagi

Peminat tegar golf...Karim dan Helmi berkongsi hobi.

Menebas di mana sahaja...

Menyapa Dalam Diam

Menyapa Dalam Diam
Zulkifli Yusuf & Rosnah Ahmad

Diam
Seribu Bahasa
Bukan Bererti Bisu
Bukan Bererti Kaku

Diam
Kerna tak terungkap
Kerna tak terlerai
Kerna tak kesampaian
Kerna tiada keberanian

Diam
Bila diri dibelenggu
Runtun jiwa
Tiada siapa yang tahu
Tiada guna berkata

Dalam Diam
Walau tanpa bahasa
Walau tanpa bicara
Ada sapaan

Dalam diam
Hanya Dia yang mengerti
Menyapa dalam diamku
Merawat senduku
Menerangi malamku
Menyinari dinihariku...

Dalam diam
Terungkap jua yang tersirat
Terlerai jua yang tak kesampaian
Terpacu jua keberanian...

Detik waktu
Masa berlalu
Ku temui jua keindahan
Ku kecapi jua kedamaian
Dari Dia yang setia
Menyapa dalam diamku

Thursday, November 27, 2014

Maybank-NST Car Of The Year

MAYBANK - NST CAR OF THE YEAR (COTY).. SAUJANA SUBANG HOTEL

Abdul Karim melaporkan live daru Saujana Subang Hotel...

People's car choice : Proton iriz
Entry level compact car :kia picanto
AXIA menang
Compact hatchback : Proton iriz
Compact sedan :Honda city
Premium compact car : Citroën DS3
Compact SUV : Peugeot 2008


Family car CKD :Renault fluence CKD
Premium family car: Infinity Q50
Mercedes CLA kecundang
Executive car category :Nissan teana
Pick up truck: Isuzu d max 3.0
MPV ; Citroën grand C4 Picasso


Premium MPV : Nissan elgrand
Alphard.. Kecundang
Suv 4x4: kia sportage..
Suv 4x2 :mitsubishi asx
Premium compact SUV :volvo xc60..

Porsche macan kecundang
Premium suv :range Rover Sport
Compact performance car : Peugeot 208 gti
Performance car : volkswagen golf R
Benz A45.. Kecundang
Overall car of the year ;Honda city

Man of the year : Dato aminar rashid  peroduaFor car industries

Sekian.....

Wednesday, November 26, 2014

Q&A GST bersama LAN GST

Din:  Lan...mohon pencerahan pasal gst..betul ke mcm kat gambar tu..dr group lain..

Lan GST: Tersangat salah...sepatutnya harga akhir kpd pengguna hanya RM106...

Akhirnya mmg pengguna kena byr...tp kena ingat skrg pun pengguna byr tp RM110..

Bicara Hati Shamsida MN

Serpihan

Serpihan
Azhar Abdul Rahman & Rosnah Ahmad

Sepi....
Rindu...
Memerhati dari kejauhan
Mengintai dengan matahati
Mengimbau kenangan yg tersusun rapi
Merapi bucu lipatan
Keriuhan maya dalam sunyi...

Aku pepatung yang hanyut
Bersama angin
Bersama debu
Hanya serpihan dari hidupmu...

Dalam maya
Dalam kerinduan
Dalam kejauhan
Dalam kemanisan
Bercantum jua serpihan
Bersama hati-hati yang merindu
Bersama Cinta...

Aku pepatung yang indah
Bukan lagi serpihan
Dalam hidupmu
Tiada lagi hanyut
Bertemu sudah ranting
Tempat hinggap
Merawat duka
Menghilang sepi
Berkasih sayang
Bercanda keranaNya...

Aku pepatung yang indah
Terbanglah aku
Bersama Setia
Bersama Cinta
Menuju bahagia
Yang abadi....

Rindu Yang Tak Pernah Alpa

Rindu Yang Tak Pernah Alpa
Susunan Rosnah Ahmad
Idea bersama Nizam Ismail dan Zulkifli Yusuf

Hadir waktu detik berlalu
Dalam rindu
Yang hingar sepi terasa
Yang sepi semakin pilu
Yang pilu menghimpit rasa
Yang manis tak terasa...

Dalam rindu
Yang tak pernah alpa
Dalam jaga
Dalam tidur
Berhias malam dan siangku
Berhias dhuhaku
Menyapa dalam dinihariku
Gelombang cahayaMu
Menyuluh gelapku
Menyapa dalam diamku
Tak pernah malap
Menyala terus bercahaya...

Dalam rindu
Yang tak pernah alpa
Hadir di luar batas masa
Di setiap detik dan ketika
Dalam rindu yang belum terungkai
Dalam diam yang belum terungkap
Cahayamu menghangatkan
Menyinari kalbuku...


Dalam rindu
Yang tak pernah alpa
Ku bersatu jua denganMu
Wahai Kekasih....


Sunday, November 23, 2014

Senja Itu...

Senja Itu..
Shamsida Mohd Nor

Senja itu...
Di tepi Sungai Perak
Aku merenung pepohon kering
Tanpa daun
Hanya burung
Meniti ranting
Kembali setelah mengisi tembolok
Di bumi Allah penuh rezeki
Merehatkan diri
Esok terbang lagi
Jika diizin Yang Maha Pemurah
Aku tertunduk insaf
Burung sekecil itu lengkap rezeki dan rumah
Bertapa agung ciptaanMu ya Allah...

Saturday, November 22, 2014

I'm A Rafflesia

I'm A Rafflesia
Hilmee Kassim & Rosnah Ahmad
Picture-Sufiyan Yahya

No leaves
No stalk
No trunks nor branches to be found
Yet I stand my ground

Let the wind blow
Let the water flow
No roots to be found
Yet I stand my ground

I'm a rafflesia
Delicate but strong
Wild but humble
Wretched but elegant
Still I'd stand my ground

I'm a rafflesia
I am here to bloom
Fleeting moment that last forever
For those who'd savour
Amongst the best
I would stand my ground

I'm a Rafflesia
A character of my own
With fragrant that some may frown
I stand my ground
Because I offer beauties yet to be found

I'm a Rafflesia
I am one of a kind
I am a survivor
Blooming in the woods
Though none  goes with me
I stand my ground

Five petals unwavering red
Like five pillars of my faith
Beauties abound
I'm a Rafflesia
I shall stand my ground

Akulah Rafflesia

Akulah Rafflesia🌸
Rosnah Ahmad
Idea asal-Hilmee Kassim
Gambar-Sufyan Yahya

Tanpa daun
Tanpa tangkai
Tanpa batang mahupun dahan
Namun aku tetap teguh..

Bertiuplah angin
Mengalirlah sungai
Walau akar tiada berumbi
Namun aku tetap teguh...

Akulah Rafflesia
Yang indah
Dalam keindahan ada kekuatan
Dalam kekuatan ada kerendahan hati
Dalam kerendahan hati tersembunyi keunggulan...

Akulah Rafflesia
Yang unik
Mekarku sedetik cuma
Namun aku tetap utuh
Di kelilingi hutan
Di tengah belantara...

Akulah Rafflesia
Yang mekar menguntum
Punya bau yang menyengit
Yang bisa menyengat
Namun Aku tetap teguh
Dengan keunggulan tersendiri...

Lima kelopak yang gedang
Merah berseri
Umpama lima rukun agamaku
Penuh keunggulan
Akulah Rafflesia
Aku akan tetap teguh...

Thursday, November 13, 2014

Selamat Hari Lahir Cikgu

Selamat hari lahir buat Cikgu tersayang, Cikgu Norhizan Mohd Yahya. Cikgu adalah anugerah yang tak ternilai dari Allah untuk kami murid-murid RKSMAP 79-83. Syukur Alhamdulillah...

Selamat hari lahir Cikgu..🌺💐
Rosnah Ahmad

Selamat hari lahir
Selamat panjang umur
Dalam keberkatan rezeki
Dalam kesejahteraan diri
Dalam kedamaian hati
Dalam keredhaan Ilahi
Doa kami buat
Cikgu Tersayang...

Cikgu yang dikasihi,
Berbahagia kami muridmu
Punya guru sepertimu
Mengajar dari hati
Dengan penuh kasih sayang
Dengan matlamat yang jelas
Serta iringan doa tanpa henti
Sepanjang masa...

Aduhai...
Apakah balasan setinggi budi
Apakah hadiah sebesar pengorbanan
Apakah bunga secantik kesabaran
Yang mampu kami berikan
Buat seorang guru
Yang banyak berjasa
Mengilap permata
Hingga bercahaya
Menerangi lagi menyuluh
Sepanjang zaman...

Selamat hari lahir cikgu,
Dalam kejauhan kami kirimkan
Dalam kerinduan kami pohonkan
Dalam keheningan kamu doakan
Kebahagiaan yang berpanjangan
Kesejahteraan yang berkekalan
Ketenangan yang hakiki
Buat cikgu sekeluarga
Hingga ke syurga abadi...

Maha Suci Allah
Yang Maha Bijaksana
Bersyukur kami masih berada di bawah naungan doa
Seorang guru yang baik budi
Penunjuk jalan kebenaran
Tempat menumpang kasih
Sepanjang meniti usia
Remaja hingga dewasa...

Cikgu Norhizan yang dikasihi,
Hanya doa sebaik kiriman
Hanya budi sebaik santunan
Hanya amal sebaik ilmu
Yang kami panjangkan
Jasamu dikenang sepanjang zaman....

Terima kasih cikgu....

Dari RKSMAP 79-83...

Tuesday, November 11, 2014

Chocholate Chips Cookies

Choc chips cookies Hasiah aka Yah..Sedap ..
Adham anak umi suka...Nah dan umi pun suka...terima lasih daun keladi Yah...

Selamat mencuba...

Chocolate chips cookies
Ingredients:-
1 cup (226 grams) unsalted butter (room temperature)
3/4 cup (150 gm) granulated/castor white sugar.
3/4 cup (160 gm ) light brown sugar
2 large eggs
1 1/2 teaspoons vanilla essence
2 1/4 cups (295gm) all purpose flour
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 1/2 cups (270gm) semisweet chocolate chips
1 cup (100gm) walnuts or pecans coarsely chopped
Methods:-
1. Beat the butter until smooth  and creamy.
2. Add the white and brown sugar and beat until fluffy.
3. Beat in eggs one at a time, making sure to beat well after each addition.
4. Add the vanilla essence and beat until incorporated. Scrape down the sides of the bowl as needed.
5. In a separate bowl, combine flour, baking soda and salt.
6. Add the dry ingredients to the eggs mixture and beat until incorporated, adding the chocolate chips and nuts about half way through mixing.
7. Cover the dough and refrigerated for 30 minutes to 2 hours.
8. Drop  the dough by heaping teaspoon  onto the in greased cookies sheet. Or roll into balls and flatten slightly.
9. Bake at 170 degrees for 12- 15 minutes or until golden brown.

Perkahwinan di Ipoh

Berarak ke ipoh meraikan majlis menyambut menantu anak Puan Fatimah Bakri...

Berarak ke Ipoh semua bersua
Merai pengantin anak Cik Timah
Bagai pinang di belah dua
Moga bahagia hingga ke Jannah...

Ziarah menziarahi yang jauh dan dekat

Ziarah menziarahi sahabat jauh dan dekat. Menjejak kasih sahabat dirindu...

Dari Miri hendak ke Kota Singa
Singgah sebentar di Kuala Lumpur
Ziarah menziarahi kasih berbunga
Ulhwah dikenang ukhwah disubur...

Dari Rompin ke negeri Johor
Memcari bunga buat suri
Berjamu nasi arab yg tersohor
Bersama sahabat ukhwah berseri...

Mencari rezki di Bandar Maran
Demi anak permata negara
Menjejak kasih sangat disaran
Agar silatulrahim terus terpelihara...

Petua pokok subur

Lagi perkongsian amalan Puan Tim..
Selamat mencuba..

Sunday, November 9, 2014

SMAP

Smap sekarang...

Di bawah pokok itu..
Di kantin itu..
Di kelas itu...
Di padang itu...
Di sekolah itu...
Segalanya bermula
Kini tinggal kenangan
Namun sesuatu lebih berharga
Lebih manis untuk dikenang
Untuk di teruskan
Ukhwah yang berputik di sekolah itu
Kini mekar sepanjang jalan
Hingga ke Jannah ukhwah berlabuh....

BUNGA-BUNGA SAHABAT

Bunga-bunga dari taman yang meminati bunga... Tim, Sham, Azora, Azliza dan Helmi..