Saturday, February 28, 2015

Berbalas Pantun-28 Feb 2015

Rosnah Ahmad:

Indahnya mawar sungguh menawan
Mekar mengharum di laman suri
Tunduknya hati pada kebenaran
Kesucian jiwa wajah berseri

Norhasiah Ariffin:

WhatsApp SMAP menggamit memori
Di laman ini kita berkawan.
Usik mengusik mencuit hati
Semoga tiada hati yg rawan

Shahrom Ghazali:

Usik mengusik mencuit hati
Semoga tiada hati yg rawan
Saat berkampung sntiasa ku nanti
Semoga erat tali persahabatan

Zulkifli Yusof:

Usik mengusik mencuit hati
Semoga tiada hati yang rawan
Terlebih usik jangan terasa hati
Kan kita kawan

Rosnah Ahmad:

Saat berkampung sentiasa di nanti
Semoga erat tali persahabatan
Saat berjauhan rindunya hati
Kiriman doa tanda ingatan

Friday, February 27, 2015

Mari Berpantun-24 Feb 2015

Shahrom Ghazali:

Senyuman indah dari hati yang ikhlas
Hubungan suci kerana Allah
Salam dihulur sentiasa dibalas
Tanda eratnya ikatan ukhuwah

Rosnah Ahmad:

Salam dihulur sentiasa dibalas
Tanda eratnya ikatan ukhuwah
Salam kasih hati yang ikhlas
Tanda sayang melimpah ruah

Azhar Abdul Rahman:

Tautan kasih sulaman indah
Dipakai megah sekelian rakyat
Walau jauh,tiada terpisah
Sahabat disanjung ke akhir hayat

Rosnah Ahmad:

Bila kasih bersulam rindu
Sayang dicurah sepanjang masa
Bila tawa menjadi sendu
Sahabat dicari pengubat rasa

Thursday, February 19, 2015

Berbalas Pantun-19 Februari 2015

Shahrom Ghazali:

Patin tempoyak pembuka selera
Jelawat kelah enak dipanggang
Pulang ke kampung hati ceria
Ibarat sirih pulang ke gagang

Rosnah Ahmad:

Pulang ke kampung hati ceria
Ibarat sirih pulang ke gagang
Pergi perantau mencari bahagia
Asal usul tetap dipegang

Zulkifli Yusof

Pulang ke kampung hati ceria
Ibarat sireh pulang ke gagang
Lepak di kampung jangan beria
Sampai lupa nak pulang

Roslinazairimah Zakaria:

Pergi perantau mencari bahagia
Asal usul tetap tidak dilupa
Gurau senda menjadi ria
Agar bahagia mekar sentiasa

Rosnah Ahmad:

Lepak di kampung jangan beria
Sampai lupa nak pulang
Manakan hati tidak ceria
Tempat jatuh lagi dikenang

Rosnah Ahmad:

Manakan hati tidak ceria
Tempat jatuh lagi dikenang
Apakan daya jodoh tiada
Terima takdir hati kan tenang

Roslinazairimah Zakaria:

Apakan daya jodoh tiada
Terima takdir hati kan tenang
Setiap berlaku hikmahnya ada
Yakin dengan takdir hatikan senang

Monday, February 16, 2015

Berbalas Pantun-15 Feb 2015

Rosnah Ahmad:

Malam beredar siang bertamu
Anugerah Tuhan tiada yang sia
Dalam pencarian hati bertemu
Berlalulah duka hadirlah bahagia

Shahrom:

Malam beredar siang bertamu
Anugerah Tuhan tiada yang sia
Bahagia dicari usahlah jemu
Pintalah ia pada yg Esa

Zulkifli Yusof:

Dalam pencarian hati bertemu
Berlalu duka hadirlah bahagia
Semoga bahagia terus bertamu
Di hari mendatang dan seterusnya

Rosnah Ahmad:

Bahagia dicari usahlah jemu
Pintalah ia pada yang Esa
Manakan jemu jika bertemu
Bahagia dirasa sepanjang masa

Rosnah Ahmad:

Semoga bahagia terus bertamu
Di hari mendatang dan seterusnya
Selama diri tidak jemu
Taman hati mekar berbunga🌺🌸

Shahrom:

Manakan jemu jika bertemu
Bahagia dirasa sepanjang masa
Tenang dan damai hanya dgn Mu
Waktu berlalu tidak terasa

Thursday, February 12, 2015

Secantik Kuntuman

Assalamualaikum ..🌸🌺

Pagi yang indah
Hari yang ria
Pergilah gundah
Hadirlah bahagia...

Resepi Laksa Lemak Pahang

Dikongsikan resepi dr Amalina.

Laksa Lemak Pahang
hari ini teringin sangat nak makan Laksa Lemak Pahang...saya kongsikan resepi kat sini untuk 2 orang makan.

1. Bahan Laksa:
2 keping  Laksa
5 ekor     Ikan selayang (saiz sederhana) - rebus
2 ekor     Ikan masin selar kuning - buang tulang
1 bj         Bawang besar
1/4 inc    Halia
1 kotak   Santan
1 sdk      Lada hitam 
1 kpg     Asam keping
sedikit    Garam

2. Ulam
Kacang panjang
Daun Kesum
Taugeh
Timun

3. Sambal
sambal ikan bilis
tumbuk cili padi dengan garam
kisar cili kering yang direbus

Cara Penyediaan:
1.  rendam laksa hingga lembut dan rebus laksa dengan air panas
2.  kisar isi ikan  yang direbus bersama ikan masin, bwg besar dan halia
3.  kisar tulang ikan bersama air rebusan. tapis dan ambil air sahaja
4.  masukkan bahan kisar dalam periuk dan masak sehingga mendidih
5.  masukkan santan, lada hitam, garam dan asam keping
6.  tambah air jika kuah terlalu pekat
7.  siap untuk hidangan