Monday, August 16, 2021

SEMUANYA MAKHLUK ALLAH

Setiap dari kita tentu ada kisah atau pengalaman yang kita alami. Hanya sahabat atau saudara terdekat yang mungkin tahu, atau hanya tersimpan kukuh dalam memori sahaja.

Kisah ini adalah kisah aku dan rasanya ada aku ceritakan pada isteriku dan sahabatku.

Apa yang aku ingat, diawal umur dalam lingkungan 6 ke 7 tahun, di rumah aku yang usang.. rumah kampung tradisional. Rumah yang tiada bilik, cuma dibuat dinding sekatan, beratap zink. Waktu terik matahari, memang cukup panas jika dibandingkan dengan rumah sekarang. Aku terbaring terkelip kelip ingin tidur.. badanku terasa panas macam hendak demam. Sambil memerhatikan atap, tiba tiba aku terpandang seekor burung gagak hitam yang sedang bertenggek diantara dinding dan atap. Ia memerhatikan aku dan aku membiarkannya sahaja. Gagak tersebut langsung tidak berbunyi dan hanya memerhati. Aku tidak menghiraukannya sehinggalah tertidur.

Esoknya, badanku semakin panas dan demam berterusan, badan yang lemah dan antara tertidur dan terjaga itu, aku perasan satu wanita telah masuk ke tempat pembaringan aku..ia masuk melayang masuk melalui tingkap. Cantik sungguh susuknya, berwajah putih, berambut panjang mengurai, pakaiannya aku tidak perasan. Wanita ini mengurut ngurut bahagian betisku. Dalam khayalan itu, aku tertanya-tanya siapakah wanita itu. Sambil tersenyum manis, dia terus mengusap bahagian betisku, sampai ke perut dan aku rasakan selesa, nyaman sekali. Bila dia cuba mengurut bahagian dadaku, dia kelihatan bermasalah...mulalah kelihatan marah dan wajahnya mula ditumbuhi biji biji yang menakutkan dan huduh sekali..
mulalah ia ketawa mengilai..aku yang ketakutan menjerit dan menendang nendang, memang kena tubuhnya tapi macam menendang bayang.. menembusi badannya. Makhluk ini terus mengilai ngilai, aku bingkas bangun dari pembaringan dan lari kebahagian dapur, mencari ibuku jika ada di sana, tapi apa yang ku lihat.. begitu ramai makhluk ini didapur. Seperti kita juga ..ada yang tinggi, rendah, perempuan, lelaki serta kanak kanak.

Semuanya ketawa terkekeh-kekeh. Aku berlari keluar sambil menjerit jerit, sampai dimuka pintu rumah, cahaya terang petang hari itu telah menyedarkan aku dah aku lihat ibu saudaraku berkejar mendapatkan aku .
Petang itu juga ayah angkatku datang untuk mengubati aku. Diberi minum air kelapa serta dibasahi kepalaku dengan air bercampur dedaun. Alhamdulillah aku beransur sihat dan tidak lagi terasa takut walaupun tinggal keseorangan dirumah.

Berapa tahun kemudian, pada satu malam, aku bersama sepupu ku keluar kerumah saudara jauh ku untuk menonton tv. Biasanya kami pergi dengan menaiki basikal dengan aku membonceng kerana jarak rumah saudara itu hampir 1 km.. Setelah balik dari menonton dan sampai dirumah sepupuku, aku terpaksa berjalan kedepan sedikit kerana rumah aku memang dihujung sedikit. Malam itu memang gelap dengan sedikit pancaran cahaya kilat. Sewaktu aku menghampiri rumah berhampiran pohon rambutan, aku perasan bayangan makhluk yang besar tinggi, berpakaian seperti orang Melayu dulu, siap bertanjak dan bersenjatakan tombak, seolah pengawal pintu masuk, telah berdiri tegak dan menarik tombaknya .. seolah-olah memberikan laluan buat aku. Aku tidak terasa takut dan terus mengetuk pintu rumah dan terus masuk. Pada malam itu, aku tidak menceritakan apa-apa pada ibuku. Aku berfikir betulkah itu atau khayalan aku, tidak berani untuk melihat keluar semula. Allah maha besar.

Pada ketika umurku 32 tahun, ketika baru menimang anak keduaku, semasa memandu dijalan alternatif di Felda Mempaga, kerana jalan Lancang  ke Karak sesak teruk. Waktu itu rasanya sudah senja dengan hujan renyai renyai. Anak sulungku duduk dihadapan sementara isteriku bersama anak kecilku dibahagian belakang. Dalam hujan renyai renyai itu, tiba tiba aku terlihat sebungkah api berterbangan melintasi hadapan kereta ku..Anak ku yang sulung bertanya..Abah..api apa tu. Aku tidak menjawab dan terus memandu..Aku hairan mengapa tiada kenderaan lain pada waktu itu. Aku terus memandu hingga masuk semula ke jalan besar berhampiran Karak.
Memasuki Highway Karak hingga kerumahku di Cheras. Setelah mandi baru aku sedari bahagian badan sebelah ketiak kanan ku kelihatan penuh dengan kesan cakaran. Aku tidak tahu sebab apa dan aku juga tidak menceritakan apa yang aku nampak semasa memandu tadi.Keesoknya baru aku ceritakan kepada isteriku apa yang aku lihat semasa memandu di jalan alternatif tersebut  Entahlah aku pun tak tahu apa yang berlaku.

Berbalik kisah zaman persekolahan..Pada tahun 1979 aku dihantar oleh ayahku ke asrama Jalan Gambut. Ibuku sangat bimbang kerana waktu itu badan ku kecil dan rendah,  Pak saudara ku ada berkata " Hairuddin ni kalau nak jadi askar, polis ke..susahlah nak dapat sebab pendek. Aku ingat kata kata itu hingga sekarang, dan telah aku buktikan sebaliknya. Rezeki itu kurniaan Allah. 

Pengalaman di asrama Jalan Gambut dan Sekolah Air Putih,cerita senior tentang tangan berbulu, geng senior yang sedikit nakal, geng yang bila ramai berani, seorang seorang penakut, tengok wayang tiket murah dan banyak lagi suka duka yang aku ingati. ( Episod lain lah )

Cerita ini adalah cerita yang aku alami. Aku tidak ingin sesiapa mengesyaki apa apa, kerana bagiku tidak mustahil. Jika Allah mengizinkan kita untuk melihat sesuatu, itulah yang di izinkanNya.
HS...😁😁

Tuesday, August 3, 2021

HALANGAN DALAM MENGAPAI KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN

Antara halangan untuk berjaya dan bahagia adalah orang-orang yang toksik. Boleh jadi dari kalangan keluarga kita, rakan-rakan, pasangan atau majikan kita. Mereka boleh menyebabkan kita rasa "kecil", "not enough" dan "feeling low".

Mak Long belajar tentang teknik DEEP dari Dr Ramani, seorang psikologist yang banyak buat kajian tentang Narcarcissism.

Apa itu teknik DEEP?

Ia adalah cara yang boleh kita amalkan apabila berhadapan dengan orang-orang yang toksik atau narcissist.

Do not DEEP...

D-Defend
E-Engage
E-Explain
P-Personalise

Mengapa? Kerana mereka tidak akan terkesan dengan apa yang anda cuba pertahankan (defend) dan jelaskan (explain). Lebih baik jangan "engage" dan jangan "personalise". 

"You are not the problem. They are."

Jadi, kenali orang-orang yang toksik dan amalkan DEEP.

InsyaAllah, anda akan berjaya dan bahagia.

https://youtu.be/7HcU3sdrzU0

Allahu 'Alam

Lots of Love
🌹Mak Long
rentis.blogspot.com
#CloseToYourHeart