Wednesday, December 18, 2013

DI SEKOLAH ITU....Sajak sempena Reunion 7 Disember 2013

Di sekolah itu...
Nukilan Rosnah Ahmad

Januari 1979
Segalanya bermula
Di sekolah itu
Insan kecil berjiwa besar
Meninggalkan kampung halaman
Serta keluarga tercinta
Hadir bersama harapan menggunung
Mengapai bintang
Buat diri dan keluarga...

Di sekolah itu....
Insan kecil masih mendambakan
Kasih sayang
Belaian ibu bapa
Pada sahabat sayang dialih
Menumpang kasih
Membina ukhwah..

Di sekolah itu
Ilmu digali
Dari guru pemangkin kejayaan
Tiada apa sebaik balasan
Buat guru tercinta
Hanya doa di kirim
Tanda penghargaan ... 

Disember 1833
Perpisahan bermula
Insan remaja
Bertebaran di muka bumi Nya
Mencapai cita
Mencari cinta
Mencari kehidupan....

Ogos 2013
Setelah 30 tahun
Yang masih ada
Kembali bertemu di alam maya
Mengungkap kenangan saban hari
Bercerita dan bergurau senda
Disusuli pertemuan
Sesi teh tarik di sana sini
Kasih dierat....
Yang sudah tiada
Doa di kirim
Tazkirah juga
Buat yang masih ada...

Hari-hari yang mendatang...
Ayuh bersatu wahai sahabat
Dalam saf yang tersusun
Ibarat bangunan yang tersusun kukuh
Berjuang dan saling membantu
Sokong menyokong
Di kala senang atau susah
Di kala suka atau duka
Di kala sihat atau sakit
Dengan iman dan ukhwah
Meminta pertolongan 
Yang Maha Mengasihani
Dengan sabar dan solat
Agar kita tergolong 
Orang-orang yang dikasihiNya
Orang-orang yang beruntung
Dan orang-orang yang memperolehi 
Kemenangan yang besar
Bertemu denganNya
Dan bersatu akhirnya  
Bersama sahabat tercinta
Di taman-taman syurga impian.....

6 Disember 2014
Teratak Cenderawasih Indah
Selepas banjir.....

Inspirasi dari...
Surah As-Saff, Verse 4:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الَّذِينَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُم بُنْيَانٌ مَّرْصُوصٌ

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.

No comments:

Post a Comment