Kuah Steam Boat
Blog ini adalah blog sahabat Sek. Men. Air Putih, Kuantan, Pahang batch 79-83. Tujuan blog ini adalah perkongsian cerita, data, peristiwa dan mengukuhkan ukhwah. Moga usaha murni ini dimudahkan dan di berkatiNya. Amin....
Thursday, November 26, 2015
Friday, November 13, 2015
Sambal Ikan Terengganu
Dikongsikan resepi sambal ikan ala terengganu.
Bahan:
1 kg ikan selayang
I biji kelapa parut
6 ulas bawang merah
I inci halia
3 batang serai
Garam secukup rasa
I sudu besar lada hitam yang ditumbuk halus
Cara:
1. Rebus ikan. Ambil isi dan tumbuk
2. Mayang bawang merah atau tumbuk
3. Hiris serai dan tumbuk
4. Ketuk halia
5. Campur semua bahan, lada hitam dan garam secukup rasa. Boleh tambah gula jika suka. Goreng dengan api perlahan hingga kering.
Sedap dimakan dengan nasi dan ulam atau nasi kerabu. Juga dengan nasi impit.
Selamat mencuba.
Rosnah Ahmad
Sunday, August 30, 2015
ROTI JALA SEGA
Di kongsikan oleh Shahrom Ghazali:
Bahan:
1/2 kilo tepung gandum
Sebiji telur ayam
1.1 liter air
40 gram butter
Sedikit garam
Sedikit pewarna..ikut suka la nak color apa 😀
Cara:
Smua bahan tadi dibancuh sekali. Kemudian blend hingga sebati
Selamat menebar😊
Gambar: ihsan Rosnah Ahmad aka Nah.
Sedap dimakan dengan kari ayam.
Percubaan pertama Nah menjala😂😁
Alhamdulillah....
Thursday, April 23, 2015
Asam Pedas Melaka-Azie Kitchen
Nah dah cuba resepi ni. Cuma ganti guna 3 keping ikan tenggiri. Alhamdulilah, sedap.
Selamat mencuba..
Asam Pedas Melaka
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
3 keping ikan bawal emas
Bahan kisar:-
3 biji bawang merah
10biji cili kering
1/2 in halia
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1/4 sudu teh lada hitam
1/2 in kunyit hidup
2 ulas bawang putih
Belacan
Bahan tumis:-
1/2 bawang besar-hiris
1/4 sudu teh biji sawi
1/4 sudu teh halba
2 tangkai daun kari
1 serai-diketuk
1/2 bunga kantan atau daun kesum
Air asam jawa
1 biji tomato- belah 2
5 biji kacang bendi
Garam dan gula jika suka
Serbuk perasa Secukup Rasa
Cara-cara
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis sebelum dimasukkan bahan kisar. Tumis lama lama sehingga pecah minyak.
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan betul betul mendidih, baru dimasukkan ikan dan bahan bahan lain. Masukkan garam dan gula.
Perlahankan api dan biarkan masak dan pecah minyak. Bolehlah angkat dan dihidangkan panas panas.
Thursday, April 9, 2015
Sambal Belimbing Hitam
Terima kasih atas perkongsian resepi ini oleh Shahrom daripada kakaknya Norazam Ghazali.
Bahan:
1 kg ikan bilis (tumbuk/blend jangan sampai hancur)
1 kg bawang besar(belah 2 dn mayang membujur : buang bhg bawah yang keras)
Cili api (ikut citarasa : kalau suka pedas lebihkan) tumbuk/blend
Belimbing rebus (ikut citarasa : kalau suka masam lebihkan) tumbuk/blend
Minyak masak, garam, serbuk perasa @ gula.
Cara:
1. Panaskan minyak.
2. Goreng bawang besar hingga layu.
3. Masukkan cili api, belimbing & ikan bilis.
4. Masak dengan api perlahan. Kacau sentiasa supaya tidak hangit.
5. Seimbangkan rasa.
6. Goreng hingga warna sambal bertukar warna perang gelap.
7. Bila minyak dah berbuih, bolehlah tutup api.
8. Kalau tak suka terlalu berminyak, toskan didalam tapis besi.
Selamat mencuba 😎
Thursday, February 12, 2015
Resepi Laksa Lemak Pahang
Dikongsikan resepi dr Amalina.
Laksa Lemak Pahang
hari ini teringin sangat nak makan Laksa Lemak Pahang...saya kongsikan resepi kat sini untuk 2 orang makan.
1. Bahan Laksa:
2 keping Laksa
5 ekor Ikan selayang (saiz sederhana) - rebus
2 ekor Ikan masin selar kuning - buang tulang
1 bj Bawang besar
1/4 inc Halia
1 kotak Santan
1 sdk Lada hitam
1 kpg Asam keping
sedikit Garam
2. Ulam
Kacang panjang
Daun Kesum
Taugeh
Timun
3. Sambal
sambal ikan bilis
tumbuk cili padi dengan garam
kisar cili kering yang direbus
Cara Penyediaan:
1. rendam laksa hingga lembut dan rebus laksa dengan air panas
2. kisar isi ikan yang direbus bersama ikan masin, bwg besar dan halia
3. kisar tulang ikan bersama air rebusan. tapis dan ambil air sahaja
4. masukkan bahan kisar dalam periuk dan masak sehingga mendidih
5. masukkan santan, lada hitam, garam dan asam keping
6. tambah air jika kuah terlalu pekat
7. siap untuk hidangan
Monday, December 8, 2014
Tuesday, November 11, 2014
Chocholate Chips Cookies
Choc chips cookies Hasiah aka Yah..Sedap ..
Adham anak umi suka...Nah dan umi pun suka...terima lasih daun keladi Yah...
Selamat mencuba...
Chocolate chips cookies
Ingredients:-
1 cup (226 grams) unsalted butter (room temperature)
3/4 cup (150 gm) granulated/castor white sugar.
3/4 cup (160 gm ) light brown sugar
2 large eggs
1 1/2 teaspoons vanilla essence
2 1/4 cups (295gm) all purpose flour
1 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon salt
1 1/2 cups (270gm) semisweet chocolate chips
1 cup (100gm) walnuts or pecans coarsely chopped
Methods:-
1. Beat the butter until smooth and creamy.
2. Add the white and brown sugar and beat until fluffy.
3. Beat in eggs one at a time, making sure to beat well after each addition.
4. Add the vanilla essence and beat until incorporated. Scrape down the sides of the bowl as needed.
5. In a separate bowl, combine flour, baking soda and salt.
6. Add the dry ingredients to the eggs mixture and beat until incorporated, adding the chocolate chips and nuts about half way through mixing.
7. Cover the dough and refrigerated for 30 minutes to 2 hours.
8. Drop the dough by heaping teaspoon onto the in greased cookies sheet. Or roll into balls and flatten slightly.
9. Bake at 170 degrees for 12- 15 minutes or until golden brown.