Sunday, November 9, 2014

BUNGA-BUNGA SAHABAT

Bunga-bunga dari taman yang meminati bunga... Tim, Sham, Azora, Azliza dan Helmi..

TTS DI SANA-SINI

Teh tarik session di sana-sini mengeratkan ukhwah...

KENANGAN APJG

Restoran yg menjadi nostalgia...
Dan APJG sekarang..

Saturday, November 8, 2014

REUNION SMAP 2012

Pertemuan selepas hampir 30 tahun...
Alhamdullillah syukur atas pertemuan setelah sekian lama....

CARA BUAT BAJA

Perkongsian dari Puan Tim...
Selamat mencuba

BBQ DI RUMAH PUAN AZORA


Berkumpul sempena majlis kenduri menyambut menantu anak Roslinazairimah Zakaria dan Zulkifli Yusof pada 28 September 2014.

Bbq diadakan pada petang 27 September 2014 di kediaman Puan Azora Alwi di Astana View. Turut hadir cikgu kesayangan Cikgu Norhizan Yahya dan suami.

Mekar bunga indahnya mawar
Mekar menguntum di taman Azora
Manis ukhwah tak pernah tawar
Manis sungguh sentiasa mesra...

Terima kasih kepada tuan rumah dan semua yang menjayakan majlis ini...Thumbs up untuk team Kuantan. Juga kepada semua yang hadir dari jauh dan dekat.




KITAKAN TUAN

Gandingan Azhar Abdul Rahman aka Art dan Rosnah Ahmad aka Nah..terimalah

Kitakan tuan...
Rosnah Ahmad
Idea asal: Azhar Abdul Rahman

Mereka disuruh jual sayur
Kita yang beli
Tak gitu...
Mereka disuruh tanam durian
Kita yang beli
Tak gitu...
Mereka disuruh buat rumah
Kita juga yang beli
Tak gitu...

Kitakan tuan
Tak payah bersawah
Kita suruh mereka tanam padi
Kita yang beli...
Tak payah jual ikan
Kita suruh saja mereka yang jual
Kita yang beli
Tak gitu...

Kitakan tuan
Buat apa susah susah
Inikan tanah air kita
Kitakan ada hak istimewa
Sejarah kitakan hebat
Tidak melayu hilang di dunia
Ketuanan melayu memang tak hilang
Biarlah mereka bekerja keras
Kita tetap jadi tuan
Tak gitu...

Kitakan tuan
Anak-anak kita tatang bagai minyak yang penuh
Lama-lama jadi malas
Otak pun berkarat
Lahirlah anak tuan
Mewarisi sifat ketuanan
Hidup hanya untuk berseronok
Tak sedar
Menang bersorak
Kampung tergadai
Ibarat pak kadok
Lupa ayam dah bertukar tangan
Masih bangga mendabik dada...

Kitakan tuan
Tak gitu....