Thursday, December 4, 2014

Mohlah Bangkit Weh

Mohlah Bangkit Weh
Azhar Abdul Rahman & Rosnah Ahmad

Aokme
Bangkitlah
Orang dah ke langit biru
Aokme masih bergebar weh...

Mok ayoh menoreh
Kaih pagi makan pagi
Kaih petang makan petang
Beras beli sekilo sekali
Aokme ke ulu ke ilir
Siang tido malam berembun
Ayam berkokok baru nok balik
Entah benda nok dicari...

Mentari tinggi aokme buntang
Bani putih sibuk berdagang
Aokme asyik bergendang
Laba orang penuh berkarung
Aokme juga yg kena kelentong...

Bila tonggak utama goyang
Gelabah aokme melarut ke petang
Tek edeh kendiri untuk dijulang
Akhirnya jadi hamba tualang...

Mengkalor deme nok boleh idup
Melukut di tepi gantang
Mengemih di tanoh sendiri
Pahpaleh malu weh...

Berdendang aokme pagi dan petang
Mengabor ke diri yg amat malang
Ketika masih diberi peluang
Mohlah bangkit weh
Jadi-jadilah deme
Meretuh sampai ke petang
Usahalah deme usah berpantang...

Di bahu deme kome berpulang
Tempat menyandor ketika petang
Amanat bangsa dibawa cemerlang
Agar tidak menjadi walang...

Jalan-jalan Cari Sahabat

Rosnah Ahmad:

Indah menguntum harum mewangi
Tanda subur bunga diperhati
Indah senyuman di waktu pagi
Tanda bahagia sudah dihati
🌺🌺🌸🌸

Abdul Karim:

Indah senyuman waktu pagi
Tanda bahagia sudah di hati
Persahabatan kekal subur abadi
Tanda ukhwah tersimpul mati

Sunday, November 30, 2014

Bertemu di Dallah

Indahnya laman punya taman
Seindah anggerik di taman tuan
Indahnya hidup punya teman
Seindah ukhwah di restu tuhan...

Friday, November 28, 2014

Neraca

Neraca
Rosnah Ahmad

Antara malam dan siang
Antara kaca dan permata
Antara kasih dan sayang
Antara hati dan perasaan
Antara rindu dan dendam
Antara hak dan bathil
Antara mimpi dan realiti...

Yang hitam atau putih
Yang gelap atau terang
Yang kiri atau kanan
Yang dahulu atau kemudian
Yang sana atau sini
Yang kasih atau sayang
Yang indah atau hakikat...

Antara hidup dan mati
Antara roh dan jasad
Antara tawa dan tangis
Antara suka dan duka
Neraca kehidupan
Dalam perjalanan
Dalam penantian
Dalam persinggahan
Dalam pencarian
Dalam pertimbangan...

Neraca
Antara doa dan harapan
Antara kehendak dan anugerah
Antara fana dan baqa
Antara aku dan Dia
Hanya Dia yang tahu
Yang terbaik buatku...

Golf lagi

Peminat tegar golf...Karim dan Helmi berkongsi hobi.

Menebas di mana sahaja...

Menyapa Dalam Diam

Menyapa Dalam Diam
Zulkifli Yusuf & Rosnah Ahmad

Diam
Seribu Bahasa
Bukan Bererti Bisu
Bukan Bererti Kaku

Diam
Kerna tak terungkap
Kerna tak terlerai
Kerna tak kesampaian
Kerna tiada keberanian

Diam
Bila diri dibelenggu
Runtun jiwa
Tiada siapa yang tahu
Tiada guna berkata

Dalam Diam
Walau tanpa bahasa
Walau tanpa bicara
Ada sapaan

Dalam diam
Hanya Dia yang mengerti
Menyapa dalam diamku
Merawat senduku
Menerangi malamku
Menyinari dinihariku...

Dalam diam
Terungkap jua yang tersirat
Terlerai jua yang tak kesampaian
Terpacu jua keberanian...

Detik waktu
Masa berlalu
Ku temui jua keindahan
Ku kecapi jua kedamaian
Dari Dia yang setia
Menyapa dalam diamku