Sunday, November 30, 2014

Bertemu di Dallah

Indahnya laman punya taman
Seindah anggerik di taman tuan
Indahnya hidup punya teman
Seindah ukhwah di restu tuhan...

Friday, November 28, 2014

Neraca

Neraca
Rosnah Ahmad

Antara malam dan siang
Antara kaca dan permata
Antara kasih dan sayang
Antara hati dan perasaan
Antara rindu dan dendam
Antara hak dan bathil
Antara mimpi dan realiti...

Yang hitam atau putih
Yang gelap atau terang
Yang kiri atau kanan
Yang dahulu atau kemudian
Yang sana atau sini
Yang kasih atau sayang
Yang indah atau hakikat...

Antara hidup dan mati
Antara roh dan jasad
Antara tawa dan tangis
Antara suka dan duka
Neraca kehidupan
Dalam perjalanan
Dalam penantian
Dalam persinggahan
Dalam pencarian
Dalam pertimbangan...

Neraca
Antara doa dan harapan
Antara kehendak dan anugerah
Antara fana dan baqa
Antara aku dan Dia
Hanya Dia yang tahu
Yang terbaik buatku...

Golf lagi

Peminat tegar golf...Karim dan Helmi berkongsi hobi.

Menebas di mana sahaja...

Menyapa Dalam Diam

Menyapa Dalam Diam
Zulkifli Yusuf & Rosnah Ahmad

Diam
Seribu Bahasa
Bukan Bererti Bisu
Bukan Bererti Kaku

Diam
Kerna tak terungkap
Kerna tak terlerai
Kerna tak kesampaian
Kerna tiada keberanian

Diam
Bila diri dibelenggu
Runtun jiwa
Tiada siapa yang tahu
Tiada guna berkata

Dalam Diam
Walau tanpa bahasa
Walau tanpa bicara
Ada sapaan

Dalam diam
Hanya Dia yang mengerti
Menyapa dalam diamku
Merawat senduku
Menerangi malamku
Menyinari dinihariku...

Dalam diam
Terungkap jua yang tersirat
Terlerai jua yang tak kesampaian
Terpacu jua keberanian...

Detik waktu
Masa berlalu
Ku temui jua keindahan
Ku kecapi jua kedamaian
Dari Dia yang setia
Menyapa dalam diamku

Thursday, November 27, 2014

Maybank-NST Car Of The Year

MAYBANK - NST CAR OF THE YEAR (COTY).. SAUJANA SUBANG HOTEL

Abdul Karim melaporkan live daru Saujana Subang Hotel...

People's car choice : Proton iriz
Entry level compact car :kia picanto
AXIA menang
Compact hatchback : Proton iriz
Compact sedan :Honda city
Premium compact car : Citroën DS3
Compact SUV : Peugeot 2008


Family car CKD :Renault fluence CKD
Premium family car: Infinity Q50
Mercedes CLA kecundang
Executive car category :Nissan teana
Pick up truck: Isuzu d max 3.0
MPV ; Citroën grand C4 Picasso


Premium MPV : Nissan elgrand
Alphard.. Kecundang
Suv 4x4: kia sportage..
Suv 4x2 :mitsubishi asx
Premium compact SUV :volvo xc60..

Porsche macan kecundang
Premium suv :range Rover Sport
Compact performance car : Peugeot 208 gti
Performance car : volkswagen golf R
Benz A45.. Kecundang
Overall car of the year ;Honda city

Man of the year : Dato aminar rashid  peroduaFor car industries

Sekian.....

Wednesday, November 26, 2014

Q&A GST bersama LAN GST

Din:  Lan...mohon pencerahan pasal gst..betul ke mcm kat gambar tu..dr group lain..

Lan GST: Tersangat salah...sepatutnya harga akhir kpd pengguna hanya RM106...

Akhirnya mmg pengguna kena byr...tp kena ingat skrg pun pengguna byr tp RM110..

Bicara Hati Shamsida MN