Saturday, July 31, 2021

CERITA SEMALAM

Cerita semalam..

Mengujakan dan teruja serta sedikit debaran apabila pada satu malam, sedang aku berehat di rumah setelah balik dari kerja. Kisah berlaku lebih kurang tujuh tahun lalu, satu deringan dan gentaran dari handphone aku. Aku menjawab dan kedengaran satu suara lelaki tanpa mengenalkan diri telah bertanya 'ini Hairuddin Singah ke, dulu sekolah Air Putih' Aku mengiyakan... dan lelaki ini bertanya lagi..'duduk asrama Jalan Gambut, nama frrshie dot dot. Aku dengan jujur mengiyakan dan bertanya siapa, walaupun telah terdetik sahabat Air Putih ni, kerana aku memang selalu mengenang sahabat semua sejak terpisah dulu. Lelaki tersebut menjawab ' Ini Karim, Karim...dot dot dot.. Dan terjadilah perbualan dan aku memang ingat dan dapat membayangi wajah Karim ni..

Bermula dari sini nombor handphone aku telah dimasukkan ke dalam group wsapp *nostalgia rksmap 79-83" Bermulalah pertemuan di alam maya bersama sahabat yang telah ada dalam group, ramai lagi yang belum ada.

Perjumpaan pertama di rehat dan rawat Awan Besar...ngereh pada sebelah malam. Aku hadir bersama isteri dan anak bongsu ku.Setelah meletakkan kenderaan, aku bergerak kekios jualan satay. Orang pertama aku  nampak ialah Karim, Fadzil dan seterusnya Zul dan Din (dalam hati kenapa Din kecil) dan Taufik yang hampir tidak ku kenal (lain sikit rupanya dah besar pulak) Hahaha itulah bila lama tak berjumpa.. lebih 30 tahun. Satu perasaan kagum terhadap sahabat yang telah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Aku menghormati sahabat ku, tapi aku mengambil keputusan agar tidak terlalu menghormati nya kerana ia akan mengakibatkan persahabatan semula ini tidak mesra. Itu pendapat aku.

Oh...Fauzie juga ada pada pertemuan pertama ini, masih sama dengan cermin mata bulatnya... Dia memberikan kadnya. Pada malam itu, aku yang meminta diri untuk pulang dahulu, 

Beberapa hari atau minggu kemudian, seingat aku petang hari Jumaat.. semasa aku berada di pejabat, Karim menalipon mengatakan akan datang bersama Rosnah dan Umi. Aku menunggu diperkarangan balai Travers dan sebuah mpv sampai, kelihatan Karim memandu sementara Umi dan Rosnah ada dikerusi belakang. Tanpa turun dari kenderaan Karim mengajak aku keluar ngeteh, katanya ke Bellamy. Rasa teruja dan aku setuju keluar setelah aku memaklumkan kemana aku pergi. Dalam kenderaan yang dipandu Karim, Rosnah riuh menceritakan dia dan Umi terpaksa menolak kereta mereka. Umi banyak senyum aje. Sampai di Jalan Bellamy, kami berhenti ngeteh dikedai rojak, tempat yang sebenarnya biasa bagiku. Aku selalu mengeteh bersama rakan sekerjaku disitu.

Umi dan Rosnah bagiku tak banyak berubah wajahnya, aku boleh kenal jika berjumpa dimana mana. Terima kasih Umi atas cenderahati .

Setelah itu beberapa sessi mengeteh telah berlaku, terutama antara sahabat lelaki, pertama kali setelah tamat persekolahan menengah aku berjumpa dengan Azlin, Shahrul, Rozlan, Azliza bersama sahabat yang telah bertemu sebelum ini. 

Dari situ terjadilah reunion rasmi pertama rksmap 79-83 di sebuah hotel di Nilai, negeri Sembilan. Bertemulah buat pertama kalinya dengan sahabat lain termasuk geng wanita. Kelihatanlah Azora, Fatimah, Samsida, Hasiah, Hassan, Hanif, Fo'ad, Khairuddin, Norman, Othman, Adi dan yang lain lain lagi. Maaf jika nama tak tercatat kerana aku menulis secara terus di handphone aku. Lagi seorang yang istimewa cikgu Norhizan dan suaminya tuan Zainal. Terima kasih kerana semuanya sporting walaupun kelihatan segan segan sedikit.😁

Selepas itu group 'nostalgia rksmap 79-83 semakin besar dengan pertambahan sahabat yang lain. Mulalah post mengepos msg antara ahli group. Seperti biasa macam group aku yang lain, dengan latarbelakang pendidikan dan kerjaya yang berlainan, terserlah lah serba sedikit perangai masing-masing. Rasanya tak perlulah aku rungkaikan tapi terus terang aku katakan perlunya pemikiran yang lebih terbuka dan santai, macam group aku yang lain.Maafkan aku sahabat semua.

Sebenarnya banyak lagi yang aku ingin coretkan. Terutama dengan sahabat SST . Kenangan itu terus dibawa meniti usia. Terima kasih sahabat dunia akhirat.
 
Coretan ringkas HS
😊😊😊

Wednesday, July 28, 2021

Nikmat Ukhwah

Assalamulaikum sahabat yg dirahmati Allah. 

Sahabat
Kau anugerah Allah buatku
Nikmat ukhwah yang indah...

Sahabat
Ketahuilah bahawa kita saling memerlukan
Dikala senang dan susah
Dikala suka dan duka

Sahabat
Kita semua manusia
Mana bisa sempurna setiap ketika
Kadang melukakan kadang terluka...

Sahabat
Hakikatnya kita di sini ada sebab
Hari ini kita masih ada
Masih bisa berbicara di sini
Saban hari, saban minggu, saban bulan
Hingga sudah hampir 10 tahun

Sahabat
Nikmat yang sering kita alpakan
Mungkin terlalu biasa
Ingatlah bahawa ianya tidak kekal

Sahabat
Satu hari kau akan dengar perginya aku buat selama-lamanya
Agaknya apa yang kau kenang tentangku...

Nah

Friday, January 25, 2019

Pesan Pak Jul-Kita Pemegang Amanah

Kita adalah Pemegang Amanah bagi Anak dan Harta yg dititipkan kepada kita.

Anak kita mungkin:
- Suami/ Isteri org lain
- Ayah/ Ibu pada Anak mrk
- Boss/ Pemimpin / Ustaz/ Ustazah pada orang lain

Sejauh mana kita berjaya akan dilihat pada respon kita bagi ujian-ujian tersebut.

Sesungguhnya harta-harta kalian dan anak-anak kalian adalah ujian. (Surah at-Taghabun, ayat 15)

Tuesday, November 27, 2018

PESAN PAK JUL #2 Ikhlaskan Diri Dalam Membantu

Kita dapat membantu orang lain bukan kerana kita hebat tapi Allah yg bantu kita untuk tolong orang tersebut

Allah bantu gerakan hati kita, beri kita kekuatan mental dan Fizikal , Kesihatan, Rezeki untuk membantu org lain...

Kita pun jangan menaruh harapan yang orang yang kita bantu akan bantu kita balik kerana sesungguhnya yang membantu kita adalah Allah..orang hanya Asbab

Monday, November 12, 2018

PESAN PAK JUL

Oleh: Zulkefli Yusof

Sebenarnya tanpa kita DUNIA akan terus berputar diatas paksinya. Dunia ini dijadikan untuk kita dan bukan kita dijadikan untuk dunia. Jika kita tahu "Alam" ini dapat kita tundukkan. Renung-renung kan....

Wahai sahabat, dalam usia 50an ini, seharusnya kita semua sudah matang dan boleh berfikir dengan waras. Cuma persepsi dan karakter kita  berbeza disebabkan oleh nama, latarbelakang,  pendidikan dan latihan pekerjaan.

Bukan kita semua tak risau dengan keadaan Agama dan Bangsa sekarang cuma kadar kerisauan kita berbeza.

Untuk koi yg berlatar belakang Undang-undang percaya bahawa Undang-undang dapat menjaga semua Hak Islam dan Melayu. Ada yang berpendapat Undang-undang boleh di ubah.  Itu betul! tetapi bagi perkara-perkara yg melibatkan Melayu dan Islam perlu mendapat kebenaran kita orang Melayu dan Islam. Takkan la cerdik pandai Melayu nak biarkan ianya berlaku.

Jadi atas sebab-sebab diatas, koi akan kurang sikit melatah tetapi bukan bermakna koi dah kurang Melayu dan Islam.

Sebab kita semua ada peranan sebagai Khalifah untuk menyebarkan apa yang betul dan membetulkan apa yang tidak betul dalam lingkungan kita.

Kita kena lihat apa yang berlaku sebagai Hikmah kepada kita. Tidak Allah jadikan apa yang berlaku atas kita sesuatu yang sia-sia. Everything happens for a reason.

Kita tak perlu nak tengok sangat sebab kejadian tu kerana Allah tak perlu sebab untuk sesuatu kejadian.

Dalam Islam ni tak de istilah "kalau". Semuanya sudah di tentukan dan tiada yang kebetulan.

Jadi sekarang bagi kita adalah untuk melihat HIKMAH kejadian hari ini dan memikirkan jalan untuk mengatasinya. Jika kita tak dapat mengatasinya maka itulah penamat cerita bagi Melayu dan Islam di Malaysia.

Kadang-kadang kita alpa dan masih berfikiran yang kita manusia ni mampu mengubah dan mencorak kehidupan sedangkan untuk bernafas pun kita perlu pertolongan Allah. Apa tah lagi yang lainnya.

Jadi Fasten Your Seat Belt, Relax and Enjoy Your Flight( yang tidak berapa lama saja lagi)...jangan lupa berzikir😬

Satu saja Pesan Pak Jul.
Carilah jalan untuk beribadah sepanjang masa kerana ketika ini kita kadang melihat  beribadah cuma ketika Solat. Jika Allah tidak jadikan Solat nescaya kita tidak beribadah.

Pinjam kata-kata Mak Long: "Betulkan niat dan hikmahkan cara".

Wallahu'alam.

Tuesday, November 6, 2018

Kata-kata Yang Baik Menurut Al-Quran

Terima kasih Shamsida Binti Mohd Nor atas perkongsian yg sgt bermanfaat ini.. semoga kita sentiasa menyantuni keluarga dan masyarakat dgn kata2 yang baik.

Kata-kata yang keluar dari percakapan seorang manusia dapat dikategorikan dalam beberapa bentuk, ini digambarkan dalam AlQuran:

1-Qaulan Kareema= perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَٰنًا إِمَّا
يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Your Lord has commanded that you worship none but Him, and that you be good to your parents. If either of them or both of them reach old age with you, do not say to them a word of disrespect, nor scold them, but say to them kind words.

[Quran 17:23]

2-Qaulan Maisuro= kata-kata yang menyenangkan hati.

وَإِمَّا تُعْرِضَنَّ عَنْهُمُ ٱبْتِغَآءَ رَحْمَةٍ مِّن رَّبِّكَ تَرْجُوهَا فَقُل لَّهُمْ قَوْلًا مَّيْسُورًا

Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati.

But if you turn away from them, seeking mercy from your Lord which you hope for, then say to them words of comfort.

[Quran 17:28]

3- Qaulan Sadida= mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran)

وَلْيَخْشَ ٱلَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا۟ مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَٰفًا خَافُوا۟ عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْيَقُولُوا۟ قَوْلًا سَدِيدًا

Dan hendaklah takut (kepada Allah daripada melakukan aniaya kepada anak-anak yatim oleh) orang-orang (yang menjadi penjaganya), yang jika ditakdirkan mereka pula meninggalkan anak-anak yang daif (yatim) di belakang mereka, (tentulah) mereka akan merasa bimbang terhadap (masa depan dan keselamatan) anak-anak mereka; oleh itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah, dan hendaklah mereka mengatakan perkataan yang betul (menepati kebenaran).

Those who are concerned about the fate of their weak children, in case they leave them behind, should fear Allah, and speak appropriate words.

[Quran 4:9]

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَقُولُوا۟ قَوْلًا سَدِيدًا

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat - benar (dalam segala perkara),

O you who believe! Be conscious of Allah, and speak in a straightforward manner.

[Quran 33:70]

4-Qaulan Maarufa=kata-kata (secara sindiran) yang sopan

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِۦ مِنْ خِطْبَةِ ٱلنِّسَآءِ أَوْ أَكْنَنتُمْ فِىٓ أَنفُسِكُمْ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّآ أَن تَقُولُوا۟ قَوْلًا مَّعْرُوفًا وَلَا تَعْزِمُوا۟ عُقْدَةَ ٱلنِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبْلُغَ ٱلْكِتَٰبُ أَجَلَهُۥ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ فَٱحْذَرُوهُ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

You commit no error by announcing your engagement to women, or by keeping it to yourselves. Allah knows that you will be thinking about them. But do not meet them secretly, unless you have something proper to say. And do not confirm the marriage tie until the writing is fulfilled. And know that Allah knows what is in your souls, so beware of Him. And know that Allah is Forgiving and Forbearing.

[Quran 2:235]

5- Qaulan Maarufa=kata-kata (secara sindiran) yang sopan

وَلَا تُؤْتُوا۟ ٱلسُّفَهَآءَ أَمْوَٰلَكُمُ ٱلَّتِى جَعَلَ ٱللَّهُ لَكُمْ قِيَٰمًا وَٱرْزُقُوهُمْ فِيهَا وَٱكْسُوهُمْ وَقُولُوا۟ لَهُمْ قَوْلًا مَّعْرُوفًا

Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang-orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan kehidupan kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan), dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.

Do not give the immature your money which Allah has assigned to you for support. But provide for them from it, and clothe them, and speak to them with kind words.

[Quran 4:5]