Friday, December 5, 2014

Naluri Seorang Ayah- Perkongsian En. Razani

Nak cerita sikit pengalaman ngeri menghadapi saat kritikal samada hayat ni masih ada ke atau tamat disitu ke...saat saat plg menakutkan...

Pertamanya apabila MPV saya terbalik dan saya sedar,saat itu terbayang dua kemungkinan...hidup dan mati..terbayang anak anak...

Apabila kereta dah terjatuh di bawah tebing saya ditarik keluar oleh orang ramai melalui cermin depan dan diletakkan dihadapan kereta yang terbalik. Ketika itu terasa amat susah untuk bernafas, isteri saya diletakkan di sebelah saya.

Apabila melihat keadaan isteri, saya rasa nak meraung, dengan keadaan mulutnya yg terkoyak, tidak bergerak, mata sekejap buka sekejap pejam. Saya pegang tangan dia, beri dia semangat, suruh dia ingatkan tuhan, seboleh boleh tidak mahu dia pejam mata.

Anak lelaki saya diletakkan di sebelah saya juga,saya mula memandang di sekeliling mencari tiga lagi anak....hanya nampak lagi sorang , dua lagi tidak nampak.....

Hati lagi tidak keruan, saya mula menyuruh org ramai mencari dua lagi anak saya. Ketika itu kereta mula berasap tanda tanda nak terbakar

Ketika itu amat menakutkan...macam-macam terbayang...sekiranya saya mati macmana dengan anak-anak , siapa nak jaga...anak anak masih kecil, sekiranya isteri pergi dulu...macmana saya nak lalui hidup ni. Sekiranya saya umur panjang tapi hidup menyusahkan org...macamana..

Sekiranya ada anak yang pergi dulu......macam-macam difikirkan....dengan amalan yg masih jauh mencukupi

Naluri seorang bapa...perkara yang paling mula mula difikirkan ialah anak anak....rupa rupanya anak saya yg bongsu tercampak atas jalan...ada org tolong selamatkan dan terus bawa ke hospital,anak ke dua tercampak dalam semak dan lambat dijumpai sehinggalah dia menangis baru orang ramai temui.

Semasa di dalam ambulan nafas saya semakin sesak, isteri pulak nampak semakin lemah...aduh lagi takut....samada saya boleh bertahan sampai hospital ke, isteri boleh bertahan ke...

Apabila tiba di hospital tanah merah rusuk saya terus ditebuk masuk wayar kerana 5 tulang rusuk patah dan mencucuk paru paru, isteri pula dihantar ke hospital Kota Bharu. Selepas itu baru tahu semua anak selamat...baru lega sedikit...

Itu permulaan segala cerita....cerita yang selebihnya rasanya tak elok nak kongsi di sini...kerana lebih kepada cerita dalam keluarga..kalau face to face tu boleh lah bercerita insyaAllah.

Terharu dengan keprihatiban sahabat semua.

Saya hilang ucapan nak diucapkan, tak tahu apa nak dikata,sebak dada tuhan sahaja yg tahu, rupa rupanya didunia ni masih ada insan-insan yang berhati mulia, terima kasih banyak banyak di atas bantuan kengkawan semua. Semoga tuhan menambah dan memberkati rezeki kalian, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan dan diampunkan segala dosa.

Saya tak dapat nak cari apa ungkapan yang sesuai nak diucapkan pada kalian,hanya tuhan sahaja yang boleh membalas segala budi kalian, saya teringat satu ungkapan omputih...

" Family is not about blood. It is about who is willing to hold your hans when you need it the most..."

Minta maaflah kerana tidak dapat menzahirkan nama kalian seorang demi seorg.

Sekian. Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment