Sunday, December 7, 2014

Alamanda Homestay Bukit Rangin Kuantan

http://www.ibilik.my/short_term_rentals/152199/alamanda-homestay-at-bukit-rangin-semi-d-house

Alamanda Homestay at Bukit Rangin (Semi D House) @ Homestay in Kuantan, Pahang

- GPS: 103°15'56.29"E 3°48'2.47"N 
- PAPAGO: 0GX58WI
-Google : 3.8005977 103.2657075
WHATSAPP: 0199892350

Semi-D house with 3 bedrooms + 1 praying room;
Master bedroom with air cond, 
2nd and 3rd bedroom with ceiling fan.

Facilities: 43" TV, astro njoi, fridge, washing machine, iron / iron board, kettle, stove and extra mattress in every room.

- 200 m to food stalls 
- 200 m to mosque 
- 300 m to 24-hour convenience store 
- 3 km to Jabatan Pelajaran Pahang 
- 3 km to Kompleks Kerajaan Tun Razak 
- 3 km to Dewan SUKPA / Hockey Stadium 
- 3 km to Kolej Shahputra 
- 4 km to Bandar Indera Mahkota 
- 4.6 km to KIPSAS 
- 6.3 km to Kolej Profesional Mara 
- 7 km to Kuantan town 
- 7.5 km to Universiti Islam Antarabangsa 
- 7.6 km to airport 
- 8.4 km to SEMSAS 
- 9.3 km to Sempurna Water Park 
- 12 km to PSDC (Pahang Skills Development Centre) 
- 14 km to Tanjung Lumpur 
- 14.3 km to exit Kuantan (LPT)
- 17.3 km to Pantai Teluk Chempedak 
- 20.4 km to Pandan Water Falls 
- 29 km to Kuantan Port 
- 30 km to Bukit Gambang Water Park 
- 41.8 km to Sungai Lembing Town 
- 43.8 km to Pekan Bandar DiRaja

Alamanda Homestay at Bukit Rangin (Semi D House) Address, Homestay in Kuantan, Pahang, Malaysia

Contact DetailsTel No: 0199892350H/P No: 0199892350

Rate / Night*: RM 150

Address :NO 8, LRG PERMATANG BADAK BARU 21Lorong Permatang Badak 21, Bukit Rangin25150, KUANTAN Pahang.

Saturday, December 6, 2014

Secantik Nama...

Indahkan taman di Sungai Ramal
Seindah taman kesayangan suri
Cantikkan akhlak elokkan amal
Secantik dan seelok nama diberi..

Terima kasih kepada En. Khalizan dari Taman Tamadun Islam atas hadiah nama tulisan khat kepada sahabat semua sempena Islamic Art Festival 5-7 Dis 2014 di Taman Tamadun Islam.

Friday, December 5, 2014

Setem Kenangan

Perkongsian Puan Azora di World Youth Stamp Exhibition yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

Sememangnya Puan Azo seorang peminat dan pengumpul setem sejak dulu....

Naluri Seorang Ayah- Perkongsian En. Razani

Nak cerita sikit pengalaman ngeri menghadapi saat kritikal samada hayat ni masih ada ke atau tamat disitu ke...saat saat plg menakutkan...

Pertamanya apabila MPV saya terbalik dan saya sedar,saat itu terbayang dua kemungkinan...hidup dan mati..terbayang anak anak...

Apabila kereta dah terjatuh di bawah tebing saya ditarik keluar oleh orang ramai melalui cermin depan dan diletakkan dihadapan kereta yang terbalik. Ketika itu terasa amat susah untuk bernafas, isteri saya diletakkan di sebelah saya.

Apabila melihat keadaan isteri, saya rasa nak meraung, dengan keadaan mulutnya yg terkoyak, tidak bergerak, mata sekejap buka sekejap pejam. Saya pegang tangan dia, beri dia semangat, suruh dia ingatkan tuhan, seboleh boleh tidak mahu dia pejam mata.

Anak lelaki saya diletakkan di sebelah saya juga,saya mula memandang di sekeliling mencari tiga lagi anak....hanya nampak lagi sorang , dua lagi tidak nampak.....

Hati lagi tidak keruan, saya mula menyuruh org ramai mencari dua lagi anak saya. Ketika itu kereta mula berasap tanda tanda nak terbakar

Ketika itu amat menakutkan...macam-macam terbayang...sekiranya saya mati macmana dengan anak-anak , siapa nak jaga...anak anak masih kecil, sekiranya isteri pergi dulu...macmana saya nak lalui hidup ni. Sekiranya saya umur panjang tapi hidup menyusahkan org...macamana..

Sekiranya ada anak yang pergi dulu......macam-macam difikirkan....dengan amalan yg masih jauh mencukupi

Naluri seorang bapa...perkara yang paling mula mula difikirkan ialah anak anak....rupa rupanya anak saya yg bongsu tercampak atas jalan...ada org tolong selamatkan dan terus bawa ke hospital,anak ke dua tercampak dalam semak dan lambat dijumpai sehinggalah dia menangis baru orang ramai temui.

Semasa di dalam ambulan nafas saya semakin sesak, isteri pulak nampak semakin lemah...aduh lagi takut....samada saya boleh bertahan sampai hospital ke, isteri boleh bertahan ke...

Apabila tiba di hospital tanah merah rusuk saya terus ditebuk masuk wayar kerana 5 tulang rusuk patah dan mencucuk paru paru, isteri pula dihantar ke hospital Kota Bharu. Selepas itu baru tahu semua anak selamat...baru lega sedikit...

Itu permulaan segala cerita....cerita yang selebihnya rasanya tak elok nak kongsi di sini...kerana lebih kepada cerita dalam keluarga..kalau face to face tu boleh lah bercerita insyaAllah.

Terharu dengan keprihatiban sahabat semua.

Saya hilang ucapan nak diucapkan, tak tahu apa nak dikata,sebak dada tuhan sahaja yg tahu, rupa rupanya didunia ni masih ada insan-insan yang berhati mulia, terima kasih banyak banyak di atas bantuan kengkawan semua. Semoga tuhan menambah dan memberkati rezeki kalian, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan dan diampunkan segala dosa.

Saya tak dapat nak cari apa ungkapan yang sesuai nak diucapkan pada kalian,hanya tuhan sahaja yang boleh membalas segala budi kalian, saya teringat satu ungkapan omputih...

" Family is not about blood. It is about who is willing to hold your hans when you need it the most..."

Minta maaflah kerana tidak dapat menzahirkan nama kalian seorang demi seorg.

Sekian. Wallahua'lam.

Thursday, December 4, 2014

Mohlah Bangkit Weh

Mohlah Bangkit Weh
Azhar Abdul Rahman & Rosnah Ahmad

Aokme
Bangkitlah
Orang dah ke langit biru
Aokme masih bergebar weh...

Mok ayoh menoreh
Kaih pagi makan pagi
Kaih petang makan petang
Beras beli sekilo sekali
Aokme ke ulu ke ilir
Siang tido malam berembun
Ayam berkokok baru nok balik
Entah benda nok dicari...

Mentari tinggi aokme buntang
Bani putih sibuk berdagang
Aokme asyik bergendang
Laba orang penuh berkarung
Aokme juga yg kena kelentong...

Bila tonggak utama goyang
Gelabah aokme melarut ke petang
Tek edeh kendiri untuk dijulang
Akhirnya jadi hamba tualang...

Mengkalor deme nok boleh idup
Melukut di tepi gantang
Mengemih di tanoh sendiri
Pahpaleh malu weh...

Berdendang aokme pagi dan petang
Mengabor ke diri yg amat malang
Ketika masih diberi peluang
Mohlah bangkit weh
Jadi-jadilah deme
Meretuh sampai ke petang
Usahalah deme usah berpantang...

Di bahu deme kome berpulang
Tempat menyandor ketika petang
Amanat bangsa dibawa cemerlang
Agar tidak menjadi walang...

Jalan-jalan Cari Sahabat

Rosnah Ahmad:

Indah menguntum harum mewangi
Tanda subur bunga diperhati
Indah senyuman di waktu pagi
Tanda bahagia sudah dihati
🌺🌺🌸🌸

Abdul Karim:

Indah senyuman waktu pagi
Tanda bahagia sudah di hati
Persahabatan kekal subur abadi
Tanda ukhwah tersimpul mati