Monday, December 29, 2014

Himpunan doa

Perkongsian Doa.

Bila sakit:

Cikgu Norhizan:

Amalkan surah al Hasyr ayat 21-24 , niatkan ke kawasan yg sakit tu. Suruh sesiapa baca sambil pegang kawasan tu. Hayati maknanya.

Surah Al-Hashr, Ayat 21:
لَوْ أَنزَلْنَا هَٰذَا الْقُرْآنَ عَلَىٰ جَبَلٍ لَّرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُّتَصَدِّعًا مِّنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.

Surah Al-Hashr, Ayat 22:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Surah Al-Hashr, Ayat 23:
هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلَامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera (dari segala kekurangan); Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat (menundukkan segala-galanya); Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

Surah Al-Hashr, Ayat 24:
هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.

via iQuran

Bila orang menganiya kita:

Nah:

Surah Al-Muzzammil, Verse 10:
وَاصْبِرْ عَلَىٰ مَا يَقُولُونَ وَاهْجُرْهُمْ هَجْرًا جَمِيلًا

Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik.

Surah Al-Muzzammil, Verse 11:
وَذَرْنِي وَالْمُكَذِّبِينَ أُولِي النَّعْمَةِ وَمَهِّلْهُمْ قَلِيلًا

Dan biarkanlah Aku sahaja membalas orang-orang yang mendustakan (bawaanmu) itu, orang-orang yang berada dalam kemewahan, dan berilah tempoh kepada mereka sedikit masa;

Tim: Banyak baca ayat kursi dan tiga qul

Fakri: cuba amalkan ayat 31 surah Al- Imran... supaya orang mengasihani kita. Diikuti 5 ayat surah toha ....supaya dilembutkan hati pelaku.

Dan akhir sekali Surah Al Insyirah ... supaya dipermudahkan Allah segala kesulitan yg kita alami. Niatkan dlm hati setiap kali kita membacanya.

Ulanglah baca kombinasi ayat-ayat sehingga kita dapat satu kekuatan yg baru.

Zul:  Banyakkan zikir Ya Salam
Dan La haula wa la quwwata illa billah

Wallahu'alam...

Seni Mendengar

Perkongsian Shamsida MN

Motivasi tv3 tentang seni mendengar.
Ada beberapa sebab org itu bercakap untuk kita dengar:

1-dia bercakap untuk minta tolong...
2- dia bercakap untuk di hargai
3- dia bercakap untuk luahkan perasaan
4- dia bercakap untuk dikagumi

Jadi kita yg mendengar kena ada seni untuk respon...

Wallahua'lam

Sunday, December 21, 2014

CENGENG

CENGENG...
Azhar Abdul Rahman & Rosnah Ahmad

Yaih....matnye aok ni?
Sikik koi cakap banyok aok nangeh
Kecik ngat ati aok yek?
Ngalahkan ati budok beringus...

Koi ngabor
Bukan koi perintoh
Aokme tak nok dengor
Bukan koi yang susoh
Aokme tu kalau panjang umor
Panjang lagi idup
Banyok lagi kena nempoh
Guane nak idup
Kalau gini gayenya...

Niat koi bukannye hapa
Ngabor demeh yang benor ajer
Nak ngengok demeh senang
Buat pedoman di hari muka
Demeh senang koi bahagia
Tu ajer...

Kelaku demeh membuat koi pana
Meraban macam orang pandir
Koi cakap memolek demeh tak terime
Banyok songe banyok alasan
Mengkalor membela diri
Gasaklah demeh koi buat derk ajer...

Koi kabor jer gitu
Keknya ati koi tak sampei lalu
Letih dah koi menghomih
Nok di tangan anok orang
Sabor jer lah
Sikik koi tegur
Banyok aokme berasa ati
Ada hok nangeh
Ada hok lembik
CENGENG amat...

Sudoh-sudohlah aokme
Ubohlah perangei tu
Budaya CENGENG usoh dibesorkan
Jiwe tu kentailah sikik
Sedorlah diri
Dari mana kita datang
Nok ke mana kite ni weh...

Usoh CENGENG
Ambik semangat juang Tok Gajah
Mat Kilau dan Dato' Bahaman
Ambik kata-kata Hang Tuah
Tidak Melayu hilang di dunia...

Mohlah weh
Berubohlah dari ler ni
Bak kate tok nenek kite
Yang pipih tak datang melayang
Yang bulat tak datang bergolek
Berakit-rakit ke hulu
Berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu
Bersenang-senang kemudian...

Tip 5S's

Rujuk gambar di bawah. Kalau tip 5S tak menjadi blh guna tip 5R Pak Jul...

1) Reverse
- cuba reverse ke keadaan asal sebelum jadi mcm tu

2) Rombak
Kalau dah tak boleh jadi keadaan asal...Rombak

3) Rawat
Kalau dah tak boleh Rombak...perbetul mana yg patut jer

4) Rutin
Jadi kan rutin

5) Raban
Kalau semua diatas gagal memang dah tahap raban la..hehe..

Selamat mencuba...

Monday, December 8, 2014