Tuesday, September 1, 2015

31 Ogos 2015- MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Merdeka di mana jua berada😊😃

Rosnah Ahmad:

Merdeka bagiku sbg warganegara Msia
-bebas berusaha memimpin fitrah diri sbg hamba Allah ...juga menjadi pemimpin kepada keluarga dan komuniti dalam negara yang aman dan makmur di bawah naugan rahmat Allah SWT.

Zulkefli Yusof:

Asal-usul Istilah "Merdeka" ditakrifkan daripada bahasa Sanskrit Maharddhika yang membawa makna "kekayaan, keagungan dan kekuasaan"

Kita tidak sempat merasa pengalaman semasa penjajahan jadi tidak dapat merasa nikmat Kemerdekaan tu...

Tapi yang koi tahu Merdeka dulu2 apabila habis exam...Merdeka dari baca buku😂😂😃

Negaraku
Rosnah Ahmad

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Di sini aku dibesarkan
Di sini aku dididik
Di sini aku mengerti
Erti sebuah kehidupan...

Negaraku
58 tahun kemerdekaan
Merdekalah wargamu
Bebas berusaha
Memimpin diri
Memimpin keluarga
Memimpin masyarakat
Memimpin negara...

Negaraku
Di sini fitrah disubur
Di sini budi ditabur
Di sini kezaliman ditempur
Di sini jiwa dilentur...

Negaraku
Di sini cintaku bersemi
Bersama setinggi harapan
Keamanan dan kemakmuran
Dalam naungan rahmat Ilahi
Tuhan sekelian alam...

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Umi Salmah

Merdeka pada Umi. Syukur ada negara tanah tumpah darah ku. Bile tengok org yg tk de passport but hanya dokumen perjalanan, walau sehebat mana, nak masuk negara orang atas belas ehsan negara tu nak bagi masuk ke tidak. But Malaysia baik. Bagi je masuk. So they live on the saying bumi ni milik Allah. Di mana2 pun can be home. Alhamdulillah kita masih ada kampung.

No comments:

Post a Comment